Home » » Sinopsis KIL lakonan Redza Minhat, Cristina Suzanne

Sinopsis KIL lakonan Redza Minhat, Cristina Suzanne

Sinopsis KIL

Kil mengisahkan Akil, seorang pemuda yang tertekan dan cenderung membunuh diri, tetapi tidak pernah berjaya. Cubaannya membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian apabila menemui agensi dikenali sebagai Life Action Bureau (LAB) yang boleh membantu sesiapa saja membunuh diri. Akil bersetuju dengan terma syarikat LAB iaitu pembunuhan akan dilaksanakan individu tidak dikenali. Butiran seperti masa dan cara pembunuhan juga dirahsiakan apa yang penting tampak kemas dan sulit.


Perjanjian itu dipersetujui Akil. Bagaimanapun, Akil mula jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Zara. Sejak itu, dia menyesal dengan tindakannya mendapatkan bantuan LAB. Bagaimanapun, untuk menarik diri dalam misi itu sudah terlambat. Adakah Akil berjaya menyakinkan LAB supaya membatalkan operasi mereka? Adakah Akil akan dibunuh dan bagaimana pula kisah cinta antara dia dengan Zara?


Pelakon: Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Juliana Evans

Penerbit: Grand Brilliance Sdn Bhd



 
Chatroom