Home » » Sinopsis Filem Homecoming, Trailer Video

Sinopsis Filem Homecoming, Trailer Video

Sinopsis Filem Homecoming

Homecoming mengisahkan Karen dan anaknya, Ah Meng bertolak ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres untuk menyertai acara makan malam bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kekecohan bermula apabila Ah Meng tersalah mengambil ubat dan menelan pil tidur, manakala Karen pula terpaksa mengalah kepada Mindy (Koe Yeet) apabila mereka diberikan tiket sama.

Ketika bas itu berhenti rehat, Karen sekali lagi diheret dalam episod pergaduhan. Kali ini dia bertekak dengan seorang pemandu teksi, Zool (Afdlin Shauki) kerana berebutkan sebotol minyak angin. Bagaimanapun, apabila bas itu gagal meneruskan perjalanan, Zool menjadi satu-satunya tempat bergantung untuk membawa Karen dan Ah Meng pulang ke Kuala Lumpur. Di situ muncul pelbagai insiden yang mencetuskan huru-hara. Sementara itu, Mindy pula mahu ke Kuala Lumpur untuk bersama ibunya selepas berkecil hati dengan bapanya, Daniel Koh (Mark Lee) yang juga seorang chef popular.

FILEM: Homecoming

PENGARAH: Lee Thean-Jeen

PELAKON: Mark Lee Kok Huang, Jack Neo, A Niu, Afdlin Shauki, Jacelyn Tay, Rebecca Lim, Huang Wenhong dan Koe Yeet

GENRE: Komedi

MULA TAYANG: 19 Januari 2011

Poster



Trailer




 
Chatroom