Pelakon Fasha Sanda membuka Chinta Hair Salon & Beauty yang beroperasi di Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Link dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Perkhidmatan disediakan di salun Chinta Hair Salon & Beauty ini ialah semua jenis dandanan rambut seperti rebonding, warna, rawatan rambut, rawatan muka, bengkel kecantikan bersama jurusolek artis Deq Sha (tiga kali sebulan) dan pusat solekan ke majlis dengan menggunakan khidmat jurusolek berpengalaman.
Fasha ada beberapa sebab tersendiri kenapa memilih nama Chinta untuk salunnya itu. Baginya, nama Chinta terlalu unik dan disayangi ramai sama seperti nama karakternya dalam slot Akasia TV3, Chinta yang disiarkan hujung tahun lalu.
“Watak Chinta bermula sebagai gadis baik dan selepas itu dia berubah menjadi jahat, kemudian menjadi baik semula. Nama saya juga kembali di hati peminat kerana kejayaan Chinta selepas berehat seketika daripada aktiviti lakonan selama setahun.Saya juga menamakan salun Chinta kerana dengan hasil pendapatan diperoleh melalui lakonan dalam drama Chinta, saya jadikan modal dan pelaburan pertama perniagaan ini,” katanya.
Chinta Hair Salon & Beauty, Salon Fasha Sanda, salun Chinta Fasha Sandha, salun kecantikan fasha sanda