Suntikan botoks untuk merawat migrain? Mungkin asing bagi kebanyakan kita dengan pelbagai persoalan, bolehkah, bagaimana dan sebagainya. Ketika ini, sebut saja botox, apa yang terbayang adalah wajah yang berubah rupa.
Jika dulu kurang menawan, kini, jadi menarik. Hidung yang pesek bertukar mancung, dagu yang tak berbentuk kini panjang dan runcing, kulit yang mengendur dan `kaya’ dengan kedutan, kini licin, gebu dan tegang.
Tidak kurang yang menolak rawatan ini, khususnya umat Islam kerana ragu dengan hukum halal haram mengambil suntikan itu, bukan saja kerana bahannya yang dikatakan dari sumber tidak halal malah penggunaannya yang mengubah ciptaan Tuhan.
Suntikan botox untuk merawat migrain memang kurang popular di negara ini. Hakikatnya, Agensi Perkhidmatan Kesihatan England membuktikan botox atau Botulinum toxin A, yang digunakan sebagai rawatan antikedut itu mampu memberi kesan yang baik kepada kira-kira 700,000 pesakit migrain di negara berkenaan.
Kajian terhadap lebih 1,300 pesakit yang diserang 15 kali migrain dalam tempoh sebulan, mendapati botox mampu mengurangkan kekerapan migrain sebaik saja mendapat suntikan itu. Malah, botox juga mempunyai pelbagai kegunaan perubatan lain, termasuk merawat angin ahmar.
Pengamal Perubatan Klinik Estetik Ayu Jelita, Dr Hakim Hamzah, berkata rawatan botox mampu membantu pesakit menghilangkan migrain dengan serta-merta selepas menjalani suntikan itu.
“Rawatan botox untuk migrain lebih popular di negara Barat dan ternyata ia adalah alternatif terbaik meskipun ia tidak berkekalan. Ia hanya bertahan antara enam bulan hingga setahun. Bagaimanapun, rawatan itu mampu bertahan lama bergantung cara suntikan itu dilakukan dan penerimaan kepada pesakit sendiri.
“Namun, mereka yang mendapat suntikan itu memang akan berpuas hati dengan migrain mereka akan hilang untuk tempoh berkenaan atau setidak-tidaknya mengurangkan kekerapan diserang sakit kepala,” katanya.
Botox akan bergabung dengan hujung saraf dan menghalang bahan kimia iaitu aceylchiline daripada dilepaskan hingga melemahkan otot yang menyebabkan sakit kepala.
Rawatan botox untuk migrain bermula sejak dua tahun lalu, namun tidak banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan ini dan tidak ramai yang mendapatkan rawatan berkenaan.
Dengan bayaran RM669 (kadar yang dikenakan Klinik Estetik Ayu Jelita) untuk satu suntikan, ia bukanlah kadar yang tinggi berbanding kesakitan yang perlu ditanggung pesakit, terutama pesakit migrain kronik.
Pesakit perlu menjalani pemeriksaan rapi daripada doktor untuk melihat kawasan serangan serta punca, selain ujian CT Scan bagi mengenal pasti penyakit lain yang menyebabkan migrain seperti barah dan darah tinggi.
“Ada pesakit yang tidak begitu teruk menghidapi migrain hanya mengambil pil penahan sakit seperti panadol atau ponstan, tetapi ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan.
“Banyak sebab seseorang itu boleh diserang migrain mungkin kerana selalu dalam keadaan tekanan, penat, terdedah kepada cuaca panas, bunyi bising, kurang tidur, tidak tahan bau-bauan, pengambilan makanan serta minuman mengandungi kafein,” katanya.
Namun, Dr Hakim menegaskan rawatan botox tidak boleh dilakukan pada pesakit sakit kepala, yang berpunca daripada ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm, gelembung darah yang menyekat saluran darah.
Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, sakit kepala atau migrain mempunyai pelbagai kategori dan ia dianggap kronik apabila seseorang itu mengalami serangan melebihi daripada 14 kali sebulan.
Sembilan puluh lima peratus daripada migrain itu boleh dirawat dengan pelbagai cara termasuk mengambil pil penahan sakit manakala lima peratus lagi tidak boleh dirawat disebabkan oleh ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm.
INFO: Migrain
# Sakit kepala disebabkan aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.
# Migrain mungkin antara penyakit paling lazim di seluruh dunia hinggakan banyak hasil seni juga lahir berkisar penyakit ini.
# Wanita lebih tinggi mendapat migrain berbanding lelaki, iaitu kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.
# Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.
Bahagian migrain
# Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.
# Migrain di depan kepala
Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.
# Sisi kiri atau kanan kepala
Migrain focul yang tidak spesifik
# Belakang kepala
Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)
# Atas kepala
Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.
Kaedah rawatan
# Pengambilan ubat sesuai dan selamat seperti pil penahan sakit, suntikan tahan sakit atau ubat merehatkan otot
# Rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah dengan cahaya terang
# Urut, meditasi atau yoga untuk melancarkan kitaran darah
# Botox
# Pembedahan
Tanda migrain
# Gangguan visual
# Nampak tompok atau kilauan cahaya
# Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
# Mual atau muntah
# Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
# Lemah atau kebas pada anggota badan
Jadi pemarah kerana migrain
“SAYA tak mahu diganggu, dengar bunyi bising dan akan duduk menyendiri apabila migrain mula menyerang bahagian belakang dan sisi kepala. Rasa berdenyut-denyut menyebabkan saya tambah runsing dan cepat marah.
“Bila keadaan ini tidak dapat dibendung, mula tekak rasa mual dan nak muntah. Kemudian saya segera telan pil penahan sakit kepala, syfnlex untuk melegakannya. Jika sakit kepala tidak begitu teruk saya cuma ambil panadol atau ponstan saja.
“Saya tak mahu selalu sangat telan pil penahan sakit, bimbang ada kesan samping lain. Tapi saya tak ada pilihan,” luahan penghidap migrain, Juliana Jamaludin, berkongsi pengalaman migrain yang dideritai sejak 10 tahun lalu.
Melihat wajah dan personalitinya, tiada siapa menyangka gadis berusia 25 tahun yang manis dan periang ini akan berubah watak menjadi pemarah apabila migrain menyerang dirinya.
Beliau berkata, selalunya migrain datang secara tiba-tiba jika dalam situasi tertekan sama ada disebabkan bebanan tugas, ada masalah, cuaca panas, kurang tidur atau rehat dan makan makanan terlalu manis serta minum kafein.
Justeru, Juliana yang bekerja di sebuah syarikat swasta, seboleh mungkin cuba mengelak berada pada situasi terbabit serta tidak mengambil makanan dan minuman yang boleh merangsang sakit kepala.
Lazimnya, migrain akan menyerangnya untuk tempoh empat hingga lima hari dan ia berulang kali hingga menimbulkan ketidakselesaan, kerunsingan serta mengganggu tugas sehariannya.
“Sakit kepala akan lega sedikit selepas menelan pil tahan sakit, tetapi ia datang semula. Saya memang mempunyai stok ubat yang banyak. Jarang sangat saya ke doktor untuk buat pemeriksaan kerana menganggap ia masih terkawal dan mampu diredakan dengan cara saya.
“Saya juga selalu membasahkan kepala untuk memastikan sentiasa lembap bagi mengurangkan kebarangkalian diserang sakit kepala. Malah, saya juga akan mencuci rambut setiap hari,” kata anak bongsu daripada enam beradik.
Bercerita lanjut, beliau yang satu-satunya dalam keluarga menghidapi penyakit itu, menjelaskan mula mengesan migrain ketika berusia 15 tahun dan pada ketika itu ia pada tahap sederhana. Ia semakin teruk bila memasuki alam pekerjaan mungkin disebabkan tekanan kerja dan faktor lain.
Pada zaman persekolahan, sakit kepala dianggap biasa kerana sering tidur lewat untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
Namun, apabila keadaan bertambah serius, beliau mula mencari penawar lebih baik bagi mengurangkannya sehinggalah seorang rakan mengesyorkan mencuba mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik di Wangsa Maju.
Pada awalnya, beliau ragu-ragu kerana lazimnya botox dikaitkan dengan rawatan kecantikan, namun menerima kaedah rawatan itu selepas doktor menjalankan pemeriksaan rapi dan mengesyorkan rawatan berkenaan.
“Doktor menyuntik botox di bahagian belakang dan sisi kepala yang sakit. Apa yang saya sedari, selepas tiga hari suntikan itu dilakukan, saya tidak sakit kepala lagi. Kini, selepas enam bulan disuntik dibuat, ia masih bertahan dan saya tidak lagi menderita migrain. Cuma, saya difahamkan suntikan itu bertahan sekurang-kurangnya setahun dan perlu penjagaan rapi bagi memastikan ia lebih tahan.
“Saya elak mandi menggunakan pemanas air, pengering rambut dan terdedah cuaca panas bagi menjaga hayat botox suntikan itu. Saya tidak kisah dan mengeluarkan belanja untuk mendapatkan suntikan botox lagi jika migrain menyerang. Saya dapati hanya ini kaedah terbaik ditemui,” katanya yang kini tidak begitu bimbang kerana doktor sudah mengesahkan beliau bukanlah pesakit kronik migrain.