Home » » Sinopsis Kasih Najiha mulai 14 Mac 2011,TV9

Sinopsis Kasih Najiha mulai 14 Mac 2011,TV9

Sinopsis Kasih Najiha

Kasih Najihah menceritakan tentang usaha Najihah untuk mencari kedua ibu dan bapa kandungnya.

Sinopsis Kasih Najihah

Selama ini, Najihah lakonan Nelofa, kakaknya Natilia (Rozita Che Wan) serta adiknya Taufiq (Amar) hidup tanpa kasih sayang ibu bapa mereka dan dibesarkan oleh nenek mereka bernama Nek Som. Pada suatu hari, naluri Najihah memberontak untuk mencari ibu bapa kandungnya sehingga memaksa Nek Som untuk memberitahu ke mana ibu bapa mereka hilang. Pelbagai cara dilakukan oleh Najihah supaya Nek Som bercerita, namun Nek Som tetap membisu seribu bahasa.

Nalurinya yang kuat untuk mencari ibu bapanya, membuatkan Najihah yang juga pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Universiti Malaya. Perjalanan Najihah mencari kedua orang tuanya dilalui penuh kesabaran dan konflik dalaman yang bermain dengan emosi. Ini membuatkan teman lelakinya Fendi berasa risau.

Sementara itu, Natilia sebagai kakak sulung amat menitik beratkan pembelajaran adik-adiknya dan kini berasa bangga kerana kedua-duanya berjaya ke peringkat universiti. Natilia bekerja sebagai pengarah urusan di sebuah perusahaan kecantikan dan amat menyayangi adik-adiknya sehingga menghiraukan dirinya sendiri.

Natilia tidak bersetuju Najihah mencari ibu dan bapa kandung mereka. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Nek Som dan Natilia daripada adik-adiknya. Pada suatu hari Taufiq terjumpa keratan artikel yang menceritakan tentang bapanya yang dipenjara seumur hidup kerana menjual dadah. Taufiq terus berkongsi penemuan artikel itu bersama Najihah. Akhirnya Najihah berjaya menemui bapanya lakonan Idris Diah.

Natilia menjadi marah apabila mendapat tahu perkara itu. Nek Som dan Natilia enggan menceritakan kehilangan ibu dan ayah mereka dek mengenangkan kesengsaraan yang dilalui mereka ketika menyelamatkan Najihah dan Taufiq dari dijual oleh kedua orang tua mereka. Natilia pula diperkosa oleh orang yang tidak dikenali. Peristiwa hitam ini membuatkan Nek Som membawa ketiga beradik itu jauh daripada ibu dan bapa mereka.

Peperiksaan akhir semester semakin hampir namun perjuangan Najihah menjejaki ibu dan ayahnya diteruskan menyebabkan Natilia meminta bantuan Fendi (Redza Minhat), kekasih Najihah agar mematahkan niat Najihah dan memberi tumpuan terhadap peperiksaan yang bakal tiba. Kedegilan Najihah akhirnya membuahkan hasil apabila ayahnya membuka mulut dan meminta Najihah mencari ibunya di lorong-lorong gelap yang dilakonkan oleh Normah Damanhuri. Takdir menyebelahi Najihah apabila ditemukan dengan ibunya dalam keadaan yang tidak terurus, daif, kurus dan cengkung. Ibunya hanya menunggu mati kerana menghidap AIDS.

Apakah pengakhiran ini diterima baik oleh mereka tiga beradik? Namun, segala ketentuan ilahi seharusnya diterima dengan redha dan sebagai hambanya tiada apa yang terdaya dilaksanakan melainkan usaha dan berdoa kepadanya.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Kasih Najihah menerusi slot Ratu pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 14 Mac 2011 ini nanti.

Selamat menonton.



 
Chatroom