Drama Langsai terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) demi memberi penjelasan kepada penonton mengenai hak dan tanggungjawab mereka selaku pengguna.
Drama bersiri yang menggunakan pendekatan baru dalam dalam usaha menyebarkan pelbagai isu serta permasalahan kepenggunaan ini bakal disiarkan bermula 12 April 2011 setiap Selasa pada jam 7 malam.
Drama bersiri Langsai ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran penonton mengenai hak kepenggunaan.
Drama bersiri ini penuh dengan unsur-unsur jenaka, ringan dan mudah dari segi penerimaannya.
Drama bersiri 'Langsai' terbitan 3Line Media Sdn Bhd yang mendapat tajaan sepenuhnya dari Bank Rakyat dengan Kerjasama KPDNKK ini memaparkan tentang beberapa kisah benar yang melibatkan kes-kes tribunal tuntutan pengguna.
Drama sebanyak 13 episod yang bakal ditayangkan dalam durasi 30 minit ini adalah lakonan semula berdasarkan situasi sahih yang diceritakan semula dengan pendekatan yang ringan dibawah arahan pengarahnya, Shahrul Ezad yang baru-baru ini memenangi Pengarah Terbaik Anugerah Skrin TV3.
Setiap episod dilakonkan oleh barisan pelakon yang berbeza dengan tajuk episod yang berlainan. Antara pelakon-pelakon yang terlibat ialah Ijoy Azhari, Azza Elite, Kenchana Dewi, Syed Aiman, Wan Sharmila, Zed Zaidi, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Menurut Ismail Sabri Yaakob, kes-kes penipuan terhadap pengguna semakin hari semakin bertambah. Setakat Januari 2011, terdapat 41 peratus peningkatan kes di tribunal tuntutan pengguna. Kes tertinggi adalah penipuan yang berbentuk peraduan 'Gores dan Menang' iaitu sebanyak 445 kes dan menyumbang 14.8 peratus pada keseluruhan statistik.