Home » » Sinopsis drama bersiri Seruan Kasih,Isnin - Khamis, 9 malam di TV1

Sinopsis drama bersiri Seruan Kasih,Isnin - Khamis, 9 malam di TV1

Sinopsis Seruan Kasih

Drama Seruan Kasih bermula dengan seorang wanita muallaf, Melisa, yang ditukarkan mengajar di sebuah sekolah di kawasan desa. Wanita itu berpindah ke kampung bersama dengan anaknya, Akil.

Dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Shima, Melisa terbabit dalam pergaduhan di kedai milik Mak Jah. Di situlah bermulanya perkenalan antara Melisa, Mak Jah dan Nahar. Dalam diam, Nahar jatuh cinta pandang pertama pada Melisa.

Nahar yang berkawan baik dengan anak Mak Jah, Zakri, melaporkan kejadian di kedai berkenaan kepada lelaki terbabit. Lalu, Zakri pulang ke kampung dan sejak itu bermulanya pembongkaran rahsia antara Zakri dengan Melisa.

Sebaik saja tiba di kampung, Zakri berjumpa dengan Nahar, yang mula menceritakan hal Melisa kepada Zakri. Tetapi dia tidak ambil kisah kerana masih bimbangkan keselamatan ibunya.

Sementara itu, Melisa pula trauma dengan kejadian yang menimpanya, dan masih teringatkan nama `Zakri' yang disebut lelaki terbabit. Melisa tidak pasti adakah dia betul-betul berada di kampung Zakri atau sebaliknya. Melisa juga masih tidak pasti mengenai hubungan Mak Jah dengannya.

Sementara itu, Kak Nor, orang yang bertanggungjawab menjaga Akil, mula membawa kanak-kanak itu berjalan-jalan ke rumah Mak Jah. Melisa tidak suka dengan situasi itu. Dia bimbang sekiranya Mak Jah itu sebenarnya ibu Zakri, pasti Akil akan diambil daripadanya.

Ketika yang sama, tunang Nahar, Milah, datang ke kampung terbabit. Ibu Nahar, Rosnah, begitu teruja dengan kehadiran wanita berkenaan.

Melisa pula berjumpa dengan bapa saudaranya, Ah Kooi, di sebuah kedai perkakasan. Ah Kooi tidak tahu Melisa sudah bertukar agama. Ketika di kedai itu juga, Melisa terjumpa dengan Nahar. Di situlah juga mereka mula berkenalan. Nahar semakin menyukai wanita terbabit.

Seruan Kasih dilakonkan Eira Syazira yang menjayakan watak Melisa, dengan dibantu Ako Mustafa, Acong Sweet Child dan Kismah Johar. Siri ini menemui penonton sejak 23 Februari lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam di TV1.

Disiarkan menerusi slot Mahligai, TV1



 
Chatroom