Sinopsis Teratak Mahligai
Teratak Mahligai mengisahkan Nikmat (Zizan) dan Syukri lakonan Zed Zaidi, dua pemuda berlainan latar keluarga mula akrab di ruangan blog.
Nikmat yang berjaya dalam perniagaan Internet cuba menyelami hati anak nelayan yang berkelulusan tinggi, Syukri.
Syukri pemuda yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya tetapi terpaksa meneruskan kerjaya bapa sebagai nelayan atas desakan hidup.
Plot dan naratif mula memuncak apabila Nikmat dan Syukri bersetuju untuk bertukar tempat.
Nikmat menjadi nelayan manakala Syukri pula menerajui syarikat milik Nikmat, Uncang Emas dengan bayaran RM5,000 sebulan.
Drama arahan Zul R’Shad yang cukup dikenali menerusi hasil sentuhannya seperti Sephia, Spa Q, telefilem Sirah, Syurga Di Mana dan Seberat Zarah.
Selain cuba menyelitkan kepincangan dalam kehidupan berkeluarga juga hidup bermasyarakat, Zul cuba menyelitkan elemen komedi yang tidak keterlaluan namun mampu membuat penonton ketawa.
----------------
Drama 24 episod ini menyaksikan gelagat Nikmat lakonan Zizan yang canggung dan kekok ketika proses penyesuaian diri sebagai nelayan mampu mencuit perasaan penonton.
Bagiamanapun Nikmat mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu untuk memajukan industri penangkapan ikan di kampung nelayan itu.
Teratak Mahligai menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pukul 3.30 petang menerusi saluran TV2.
Selain menampilkan Zizan Nin sebagai watak utama, drama ini turut di bintangi oleh Zed Zaidi, Nisha Dirr, Zarynn Min, Rahim Jailani, Sidek Hussain, Arash Mohamad, Dian P Ramlee, Nabila Huda, Watie Elite, Normah Damanhuri, Fazilah Mansor, Azman Ahmad dan Roslan Salleh.