Home » » Sinopsis Toyol Nakal dan Trailer karya Z. LOKMAN

Sinopsis Toyol Nakal dan Trailer karya Z. LOKMAN


Filem Toyol Nakal

Sinopsis Filem Toyol Nakal

Toyol Nakal memulakan kisahnya dengan seorang budak yang digelar Toyol. Usianya baru 13 tahun tapi nakalnya sangatlah pelik. Dia sanggup meninggalkan bangku sekolah walaupun berasal dari golongan berada. Kawannya bukan saja seusia dengannya tapi orang dewasa.Walaupun nakal tapi hatinya mulia. Toyol yang lama meninggalkan kemewahan hidup pulang semula ke banglo tempat dia dibesarkan. Didapati suasana telah lain, ayahnya kahwin baru, itupun sesudah kematian ibunya beberapa tahun dulu.

Malam pertama ayahnya dengan mak mudanya banyak gangguan dibuat oleh Toyol. Sampai kepagi ayahnya tergelincir dari menjalankan tugas sebagai suami terhadap isteri yang baru dinikahinya. Bibik orang gaji selalu menasihati Toyol agar lebih bersopan tapi semuanya tidak diambil pusing oleh Toyol. Kerana tidak tahan dengan perangai anaknya Toyol, Tuan Ali membiarkan saja apa yang disenangi oleh Toyol. Budak nakal itu meninggalkan banglo dan kemewahan hidup. Di bandar, Toyol bertemu kawan dengan Aliff seorang bujang terlajak yang sama lebih kurang dengan perangainya.

Tapi Aliff yang dewasa lebih berwawasan. Mereka tinggal serumah, Aliff menpunyai seorang kekasih penjual bunga yang buta. Tiap kali pulang dari kerja Aliff akan menemui Hazira. Gadis buta itulah tempat Aliff melepaskan rindu pandangan. Berbagai perkara lucu berlaku bila penguatkuasa bertindak terhadap penjaja-penjaja haram di tepi jalan. Aliff turut melindungi “Stall” Bunga Hazira tapi tersalah langkah. Hazira pula yang memarahinya. Apa pun mereka berkawan semula. Toyol senang dengan perangai Aliff yang dianggapnya sebagai abang. Datuk Toyol yang bernama Al-Bana seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Dia benar-benar memelihara “Toyol Hantu” untuk kepentingan dirinya. Tapi akhirnya Al-Bana sendiri menjadi mangsa “Toyol Hantu” yang banyak syarat itu. Hingga si datuk sanggup mencabul kehormatan isteri orang yang datang berubat dengannya. Datuknya ditangkap polis. “Toyol Hantu” bebas. Tapi kehadiran “Toyol Hantu” dan budak yang digelar Toyol itu kian celaru. Macam-macam perkara nakal terjadi. Akhirnya “Toyol Hantu” tewas ditangan budak Toyol. “Toyol Hantu” mati terbakar. Apa pun meseg sebenar cerita ini ialah tentang Haliza yang buta mahu membuat rawatan di hospital.

Pembedahan memerlukan wang yang banyak. Aliff tidak ada wang sebanyak yang diperlukan. Toyol ada idea, ia membawa Aliff mencuri di sebuah rumah banglo kepunyaan ayahnya. Waktu itu ayahnya sedang tidur nenyak. Toyol ada kunci banglo dan tahu membuka “Safe”. Duit sebanyak lima puluh ribu dikeluarkan. Dan dengan duit curi itu dapatlah Aliff membiayai pembedahan mata Hazira. Malangnya bila Hazira sudah celek dia tidak dapat menerima Aliff sebagai kekasihnya kerana Ariff kurang hensom. Kakanya Nisa memperkenalkan Azman kacak lawa dan kaya sebagai pasangan Hazira. Aliff hampa dan mambawa diri tetapi Toyol tetap setia dengannya. Mereka berjanji mahu menjadi manusia yang lebih berwawasan. Aliff dan Toyol datang “declose” pada Tuan Ali atas segala kesilapan dan kecurangan mencuri. Tuan Ali memaafkan dan minta Aliff membetulkan perjalanan hidup anaknya Toyol.





 
Chatroom