Apabila bercakap mengenai makanan, keluarga enam beranak ini pasti diburu keterujaan. Malah mereka pernah melancong sehingga beratus-ratus kilometer ke negeri-negeri terutama di Malaysia - bukan untuk sejarah atau budaya - tetapi hanya untuk pengalaman menikmati makanan.
“Kami sama seperti orang lain, sukakan makanan. Apatah lagi ia sukar dielakkan apabila tinggal di Malaysia, yang sungguh kaya dengan kepelbagaian makanan yang unik dan sedap,” kata ketua keluarga tersebut Zulkifli Mohamad, 53.
Faktor jauh ataupun dekat tidak menjadi penghalang untuk keluarga ini. Mereka tidak kisah untuk memandu hingga sejauh 50 kilometer untuk hanya makan malam di hotel atau mana-mana tempat makan yang menjanjikan makanan yang lazat.
Keluarga ini juga akan memastikan perjalanan mereka itu berbaloi walaupun terpaksa makan dengan sekenyang-kenyangnya.
Zulkifli yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Kelantan berkata tabiat makan yang kurang sihat itu turut dikongsi bersama isterinya, Rohaya Hussin, 48, dan seorang anak perempuannya, Nur Zahin, 23.
“Saya makan macam tak ingat dunia, banyak juga termasuk makanan yang merapu-rapu. Tidak pernah pula terfikir untuk makan ala kadar.
“Lebih-lebih lagi jika kami makan di kedai makan atau restoran yang jaraknya jauh sehingga 40 atau 50 kilometer dari rumah, kami pasti akan makan banyak sehingga tak mampu nak bergerak supaya perjalanan jauh yang kami lalui untuk ke restoran itu berbaloi.
Keluarga besar
“Selera kami bertiga memang besar... sebab itulah lama kelamaan kami muncul dan mula dikenali sebagai keluarga ‘besar’ biarpun sebenarnya jumlah ahli keluarga kami tidaklah besar mana,” kata Zulkifli yang mempunyai empat anak, sambil tersenyum.
Biarpun menerima gelaran sedemikian, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada keluarga berkenaan untuk mengubah diet mereka.
Bagaikan perumpamaan ‘perut kenyang, hati senang’ , begitulah juga keluarga ”besar” Zulkifli, asal mereka dapat menikmati makanan, apa jua yang dikatakan masyarakat sekeliling tidak pernah menjadi tekanan.
Namun, kegembiraan keluarga besar Zulkifli untuk terus menikmati makanan akhirnya semakin hilang apabila ketiga-tiga mereka mula menghadapi masalah.
“Sebelum ini saya, isteri dan seorang anak tak pernah risau dan bimbang untuk makan, orang kata hentam semua, asal kenyang dan puas hati...badan naik, perut dah jauh ke depan tak pernah kami ambil kisah.
“Sampailah saya mula diserang sakit-sakit, sakit dada, sakit kaki, bahkan saya semakin cepat penat dan dah tak mampu nak bawa keluarga berjalan-jalan kerana tak larat nak pandu kereta, ketika itu berat saya 113.6 kilogram, “ katanya.
Isterinya Rohaya yang seberat 77.5 kilogram turut diserang sengal-sengal tulang, tidak bertenaga dan lemah. Manakala anaknya Nur Zahin pula menghadapi krisis hilang keyakinan dan mulai malu untuk keluar ke tempat awam kerana badan yang semakin membesar dengan berat 90 kilogram.
“Paling perit masa saya nak menyempurnakan ibadah haji tiga tahun lepas. Susahnya untuk menyempurnakan ibadah haji kerana badan besar dan berat. Ia memberi tekanan kepada mental dan fizikal saya untuk menyelesaikan tuntutan agama,” katanya.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau mula menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung manakala isteri dikesan menghidap darah tinggi kerana faktor pemakanan dan berat badan.
Zon selamat
“Apabila mengetahui kami sekeluarga bukan lagi di zon selamat kerana mula menghidap pelbagai penyakit, kami mulai diburu ketakutan dan sedar perlu lakukan sesuatu supaya tidak lagi berada dalam keluarga ”besar” yang memeritkan.
“Tak ada cara lain untuk kami kembali sihat melainkan mengubah gaya hidup,” katanya.
Justeru Zulkifli berkata beliau, isteri dan anaknya mula memulakan langkah pertama dengan menjaga pemakanan, jika dahulu mereka sekeluarga gemar menikmati pelbagai hidangan walaupun perut sudah kenyang terisi, namun kini mereka sekeluarga hanya makan ketika berasa lapar.
Bukan itu sahaja, mereka semakin kurang makan di luar dan mula meluangkan masa untuk memasak hidangan sendiri yang lebih berkhasiat selain melakukan banyak gerakan dan senaman ringan.
Kata Zulkifli, bukan mudah untuk seseorang mengubah gaya hidup yang telah menjadi rutin dan sebati dengan kehidupan seharian, namun kerana kesedaran untuk menyelamatkan diri daripada menghidap pelbagai penyakit menjadikan beliau tekad untuk mendapatkan berat badan ideal untuk sihat.
“Kos yang perlu dibayar ialah sokongan keluarga. Saya bertuah kerana bukan saya seorang sahaja yang nak sihat, isteri dan anak saya pun menerima kesedaran yang sama menyebabkan kami berusaha bersama-sama untuk sihat.
“Bila semua nak kurus dan sihat, mudahlah, masing-masing pakat berlumba siapa yang cepat turun.
“Bila ada yang sedikit ”down”, adalah yang akan bagi semangat. Betapa pentingnya sokongan keluarga,” katanya.
Bagaimanapun kata Zulkifli, menjaga pemakanan tidak bermakna beliau dan keluarga terpaksa mengorbankan segala makanan yang digemari sebelum ini kerana mereka tetap menikmatinya namun dalam kuantiti yang sedikit.
“Apa yang penting kami tidak mengeluarkan kos yang tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit untuk menjadi sihat, hanya azam, semangat dan sokongan keluarga yang menjadi kos untuk kami mengubah gaya hidup dan menjadi lebih sihat,” katanya.
Turun berat badan
Dalam tempoh enam bulan, usaha mereka bertiga semakin membuahkan hasil apabila beliau berjaya menurunkan berat kepada 90 kilogram daripada 113.6 kilogram, isterinya seberat 65 kilogram daripada 77.5 kilogram dan anaknya turun kepada 69 kilogram daripada 90 kilogram.
Zulkifli berkata, stigma kebanyakan masyarakat yang menganggap makanan sihat adalah makanan yang tidak sedap perlu dibuang jauh.
Sebenarnya makanan sihat adalah makanan paling sedap dan lebih unik daripada makanan biasa yang tidak berkhasiat, katanya.
“Terdapat banyak resipi yang lebih unik boleh dibuat, macam kami terasa nak makan ayam goreng, kami salutkan dengan oat, rasanya lebih rangup dan enak. Apa yang penting ubah pemikiran dan binalah azam.
Beliau berkata, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa untuk menguruskan badan dan hidup secara sihat tidak memerlukan kos yang banyak.
Zulkifli menyambut baik sesiapa sahaja yang mahukan tips dan sokongan bagaimana untuk menurunkan berat badan e-mel zulkiflimohamad2009@gmail.com.
- Bernama