Sinopsis drama Korea, Hyde, Jekyll, Me
Hyde, Jekyll, Me mengisahkan Gu Seo-jin yang boleh dikatakan memiliki segala-galanya. Berwajah tampan, kaya-raya dan pintar, namun malangnya dia berdepan penyakit sentiasa bertukar personaliti.
Satu ketika dia lelaki yang cukup tenang dan disenangi, namun dalam sesaat mampu bertukar menjadi seorang pemarah.
Sukar untuk menduga personalitinya itu, kesannya paling dirasai pekerja di taman tema dinamakan Wonder Land yang dikendalikannya.
Setiap kali kadar denyutan jantungnya mencapai 150, personalitinya akan berubah.
Ada sebab kenapa Seo-jin memiliki sindrom berkenaan. Semuanya disebabkan hidupnya penuh trauma sejak kecil lagi.
Apabila bertukar personaliti, dia menganggap dirinya Robin yang mana menurut doktor peribadinya, itu hanyalah manifestasi dirinya gara-gara masih rasa bersalah terhadap insiden lalu.
Geo-jin sudah cuba sedaya-upaya mengelakkan apa-apa juga perkara yang membangkitkan pertukaran itu hingga terpaksa mengasingkan dirinya dari dunia luar.
Meksipun dia sebenarnya boleh berbangga dengan apa yang dimilikinya, namun kehidupannya tetap berdepan pancaroba apabila menjadi harapan utama keluarga untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Wonder Group.
Lebih merumitkan keadaan, sepupunya Ryu Seung-yeon (lakonan Han Sang-jin) turut mahukan jawatan itu.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Jang Ha-na yang menetap lama di Amerika Syarikat (AS) pulang ke Korea Selatan.
Mengikut jejak datuk dan bapanya, dia diminta mengambil-alih tanggungjawab mengendalikan bahagian persembahan sarkas di Wonder Land.
Dari situlah semuanya bermula apabila kehadiran Ha-na sepatutnya untuk membangunkan kembali sarkas berkenaan yang mengalami kejatuhan dan harus diselamatkan. Dia berazam untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan taman tema itu.
Bagaimanapun, bukan mudah buat Ha-na kerana dia perlu berdepan dengan kerenah Seo-Jin yang ternyata mempunyai pendirian sendiri.
Hubungan mereka semakin rapat kerana perlu mencari penyelesaian terhadap kemelut taman tema itu dan sekali gus membibitkan rasa istimewa dalam hati Seo-jin terhadap sifat Ha-na.
Tanpa disedari, dia sebenarnya bakal berdepan cabaran yang lebih hebat lagi dalam hidupnya.
Dalam pada semakin terbabit dengan kehidupan Ha-na, doktor peribadi Seo-jin pula akhirnya memaklumkan kepadanya sudah menemui penawar kepada penyakit yang menghantuinya selama ini.
Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi pihak lain yang kemudian menculik doktor itu.
Berikutan penculikan itu, nyawa Ha-na juga hampir diragut apabila penjahat misteri berkenaan cuba membunuh wanita terbabit.
Drama Korea berjudul Hyde, Jekyll, Me yang kini ditayangkan setiap Rabu dan Khamis di saluran One HD (Astro 393) jam 8.55 malam.
Drama arahan Jo Young-kwang
Pelakon utama: Hyun Bin, Han Ji-min