Home » » Testimoni Jus Mate 5 (JM5) :Nekad kurus lepas disindir suami

Testimoni Jus Mate 5 (JM5) :Nekad kurus lepas disindir suami

Testimoni Jus Mate 5 (JM5)

Saya nekad kuruskan berat badan kerana kerap dicemuh suami kerana berbadan gemuk dan tidak lagi seperti awal perkahwinan," kata Noorsiah Mohamed Noor, 38, yang berjaya menurunkan berat badan daripada 80 kilogram (kg) kepada 57kg sekarang.

Guru sebuah sekolah di Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, cemuhan suaminya dianggap sebagai cabaran untuknya menguruskan badan dan ia bukan semata-mata untuk menarik perhatian suami, Suhaimi Hassan, 38, tetapi dapat menjalani kehidupan lebih sihat.

Perkenalannya dengan produk Jus Mate 5 (JM5) keluaran Herba Prima Marketing (HPM) Sdn Bhd sejak Ogos tahun lalu membuahkan hasil apabila ibu tiga anak itu mampu menurunkan beratnya sehingga 56kg dalam jangka masa tiga bulan.

"Saya mula mengambil produk JM5 sejak Ogos 2008 kerana tertarik dengan penurunan berat badan seperti yang disiarkan dalam Harian Metro.

"Sejak itu saya mengambil JM5 selama tiga bulan dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23kg dengan mengamalkan program diet bagi memastikan berat badan seimbang.

"Sepanjang tempoh itu, saya hanya mengambil roti untuk sarapan pagi manakala petang hanya makan tomyam, sayur dan buah-buahan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Noorsiah berkata, selain mengambil satu peket JM5 sehari pada tengah hari, dia juga mengamalkan diet seperti tidak mengambil makan malam terlalu lewat dan hanya memakan sup sayur atau buah-buahan.

"Memang dietnya agak susah tetapi dengan JM5, kita tidak berasa lapar, sebaliknya bertenaga," katanya.

Menurutnya, dia kini lebih sihat dan berkeyakinan selepas mendapatkan bentuk badan diidamkan berbanding dulu apabila berat badannya meningkat setiap kali melahirkan anak.

"Sebelum ini saya sudah mencuba banyak produk untuk menguruskan badan tetapi semuanya tidak berhasil sehingga suami sering menyindir.

"Sebab itu apabila mula mengambil JM5, saya lakukannya tanpa pengetahuan suami. Saya bimbang jika tidak menjadi, dia menyindir saya lagi," katanya.

Katanya, dia mengambil JM5 di sekolah supaya tidak diketahui suami. Hanya selepas sebulan barulah Noorsiah memaklumkan suaminya mengenai pengambilan produk itu apabila ia mula berhasil.

"Apabila berjaya menguruskan badan, suami tumpang bangga, malah membantu mempromosikan JM5 kepada rakan sekerjanya.

"Saya juga bangga kerana selain mendapatkan berat ideal, rakan yang diperkenalkan kepada produk ini turut berjaya menguruskan badan," katanya.

Mereka yang mahu berkongsi maklumat dan pengalaman dengan Noorsiah, boleh menghubunginya di talian 012-4081644.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, kini lebih ramai pengguna produk JM5 menggunakan produk itu dengan bersungguh-sungguh dan mendapat impak positif seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

"Dalam kesihatan, kegemukan mampu menukar banyak metabolisme badan yang normal kepada masalah hormon tidak seimbang, darah tinggi, kencing manis serta perjalanan darah tidak lancar.

"Majoriti mereka yang gemuk menghadapi risiko seperti keletihan, masalah otot dan senggugut," katanya.

Maklumat mengenai produk keluaran HPM, layari www.herbaprima.com.my atau hubungi talian 04 9168026 atau 04-9178145 atau 019-4269012.



 
Chatroom