Mahukan gigi yang cantik
Memiliki gigi yang tersusun kemas dan putih bukan saja cantik dipandang tetapi memberikan keyakinan diri. Namun bukan semua orang mempunyai gigi menawan. Pembentukan gigi tidak teratur bukan disebabkan genetik atau pemakanan. Ia terjadi kerana pengabaian penjagaan gigi susu. Gigi kekal akan tumbuh pada usia dua tahun. Walaupun gigi susu akan diganti dengan pertumbuhan gigi kekal, aspek penjagaannya juga perlu dititik beratkan. Kanak-kanak yang menghisap putting atau jari, memiliki kecenderungan untuk bergigi jongang kerana puting atau jari yang melekap lama didalam mulut akan mengganggu perkembangan tulang rahang.
Hari ini, gigi tidak teratur bukan lagi satu masalah dengan adanya pendakap gigi yang menjadi pilihan untuk mendapatkan susunan gigi kemas dan cantik. Ada dua jenis pendakap gigi dipasaran. Pendakap kekal dan pendakap boleh tanggal. Pendakap kekal (besi, plastik dan seramik), fungsinya sama yang membezakan hanya warna pendakap boleh tanggal. Pendakap gigi plastik mudah menyerap warna makanan berbanding pendakap seramik yang tidak menyerap sebarang warna makanan. Pendakap gigi jenis ini perlu dipakai secara purata selama 18 bulan.
Manakala pendakap gigi boleh tanggal pula memerlukan masa dua kali ganda lebih lama kerana pemakaiannya bergantung pada si pemakai. Kekerapan membuka dan menanggalkannya akan melambatkan proses penyusunan gigi.
Dalam kes-kes pertumbuhan gigi yang lebih kompleks, tempoh pemakaian pendakap gigi menjadi lebih lama.
Pada minggu pertama pemasangan pendakap gigi, anda akan merasa janggal seakan mulut terasa penuh tetapi ia hanya sementara. Selepas pendakap dibuka anda perlu memakai `retainer' yang boleh ditanggalkan. Pemakaiannya hanya untuk tempoh satu tahun dengan enam bulan pertama ia perlu dipakai siang dan malam. Enam bulan selebihnya `retainer' hanya dipakai pada sebelah malam sahaja. Ia perlu untuk mengekalkan kedudukan gigi baru yang terhasil selepas menggunakan pendakap gigi.
Kepentingan Gigi Primer (gigi susu)
Gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh dan dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih.
Penjagaan Gigi Sendiri
* Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
* Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan atau berkumurlah dengan air.
* Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur gigi.
* Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan (mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
* Jangan menguyah ais, pen atau pensil.
* Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
* Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.
* Kawal pengambilan makanan bergula, ia menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan menghakis gigi.