Rahsia sihat warga Jepun
Selain Amerika Syarikat, warga Jepun juga sering merangkul gelaran manusia tertua di dunia untuk beberapa kali.
Apabila ditanya pada warga tua di sini, apakah rahsia kesihatan dan awet muda mereka, ramai yang menjawab sushi dan amalan berjalan kaki.
Rakyat Jepun sangat mengutamakan kesihatan mereka, terutama sekali berkenaan makanan.
Tidak hairanlah jika kebanyakan restoran turut menyenaraikan jumlah kalori terkandung dalam setiap makanan di dalam menu mereka untuk rujukan pelanggan.
Sukar untuk bertemu rakyat Jepun yang berbadan gemuk, tambahan lagi kaum wanita yang sentiasa menjaga bentuk badan dan kecantikan mereka.
Tidak seperti di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis, penghidap darah tinggi dan penyakit lain di Jepun sangat sedikit.
Makanan tanpa perisa
Warga asing yang baru tiba di negara ini pasti terperanjat dengan makanan dan masakan Jepun yang kurang atau kadang kala tidak ada langsung rasa manis dan masinnya.
Apatah lagi dengan makanan laut yang dimakan mentah begitu saja seperti sushi dan sashimi.
Seperti Malaysia, makanan utama rakyat Jepun adalah nasi, yang biasanya diambil pada setiap sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Bagaimanapun, jumlah nasi dan lauk yang diambil dalam setiap hidangan adalah sedikit, malah tidak sukar menambah makanan mereka.
Tidak sukar juga untuk mencari makanan yang tanpa lemak atau kurang lemak di pasar raya dan kedai serbaguna.
Saban hari, ada saja keluaran makanan baru yang makin hari makin kurang penggunaan lemak dan gula di dalam kandungannya untuk membantu rakyatnya menjaga kesihatan mereka.
Harga makanan organik dan berfiber juga tidak mahal, membolehkan kami sebagai pelajar juga mampu untuk membelinya.
Jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan yang terdapat dalam puluhan jenis dan rasa, banyak membantu menambah khasiat dalam makanan harian kami.
Ada juga pepatah yang bermaksud 'orang Jepun makan menggunakan mata' yang menunjukkan mereka sangat mengutamakan persembahan dan susunan sesuatu masakan yang dihidangkan.
Ibu pasti menghias 'bento' (bekal) untuk anak mereka dengan pelbagai hiasan untuk menarik minat terhadap makanan yang berkhasiat.
Bukan saja makanan, kebanyakan rakyat Jepun juga tidak menggunakan gula atau susu di dalam minuman mereka.
Teh hijau sudah menjadi minuman utama yang dihidangkan secara percuma di setiap restoran.
Suka berjalan kaki
Kanak-kanak, remaja mahupun warga tua, rakyat Jepun memang gemar berjalan kaki setiap hari ke sekolah, kampus, pejabat atau membeli-belah.
Musim sejuk atau panas tidak menjadi penghalang untuk berjalan kaki dari rumah ke stesen kereta api dan dari stesen kereta api ke destinasi.
Saya berasa kagum apabila melihat nenek dan datuk yang berjalan-jalan setiap petang di kawasan kediaman walaupun dalam keadaan bongkok tiga.
Mungkin juga kemudahan awam yang dikhaskan untuk pejalan kaki dan orang kurang upaya menggalakkan lagi rakyat untuk berjalan kaki.
Sentiasa tepati waktu
Sikap tidak suka membazir masa juga mendorong rakyat Jepun sentiasa berjalan laju dan berlari ke destinasi mereka mahupun ketika bekerja atau belajar.
Kadangkala mereka menganggap gagal untuk menepati masa ketika temu janji rasmi atau tidak rasmi adalah satu kegagalan besar yang membuatkan mereka sentiasa bergerak pantas.
Rancangan yang disiarkan di kaca televisyen juga kebanyakannya berbentuk kuiz dan pengetahuan walaupun dalam bidang hiburan, pendidikan dan kesihatan.
Tidak hairanlah, rakyat sangat peka dengan setiap rutin harian dan makanan mereka.
Pada pemerhatian saya, sifat orang Jepun yang suka berfikir dalam setiap perkara dilakukan turut menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.
Sifat suka berfikir inilah yang mendorong mereka menjadi sebuah negara maju yang terkenal dengan teknologi dan produk yang tercanggih di dunia.
Bilangan restoran makanan Jepun dan kemudahan untuk pejalan kaki yang bertambah di negara Malaysia adalah kemajuan positif bagi saya.
Diharapkan rakyat Malaysia juga boleh mencontohi gaya hidup sihat rakyat Jepun. Justeru, kita juga dapat disenaraikan sebagai warga tertua di dunia pada suatu hari nanti.
Oleh Rohaslinda Ramli
* Penulis pelajar Kedoktoran Senibina, Universiti Kobe