Saya berumur 16 tahun. Saya datang haid awal Januari dan kali kedua pada pertengahan Jun. Sejak itu, saya langsung tidak datang haid sampai sekarang. Saya pun tidak pasti apa masalah sebenarnya. Untuk makluman doktor, berat badan saya 69 kilogram. Adakah keadaan ini disebabkan berat badan saya? Saya mahu melalui pengalaman haid normal macam rakan-rakan lain. Tolong bantu saya doktor.
JAWAPAN
Setiap wanita yang memasuki usia remaja akan mengalami haid pertama yang disebut menarki (menarche). Alhamdulillah, syukur dan tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mengalami menarki dan juga berjaya menjejaki alam remaja sebagai seorang wanita. Mengalami haid pada usia kurang 16 tahun masih dianggap normal. Saya agak mungkin masalah berat badan anda berlebihan atau obes dan tidak ideal.
Seharusnya kita mendapat haid setiap bulan sekali, namun di saat-saat awal menstruasi, kitaran haid belum teratur dan ini wajar berlaku. Haid normal adalah haid yang terjadi selama beberapa hari sampai satu minggu lamanya setiap satu kitaran haid. Banyaknya perdarahan pada haid normal diukur dengan berapa kali kita mengganti tuala wanita setiap hari pada kitaran haid.
Seperti keadaan lain dalam tubuh manusia, haid juga mengalami beberapa masalah atau gangguan seperti masalah pada kitaran haid, banyaknya darah haid yang keluar, jangka waktu haid yang berpanjangan, pendarahan yang tidak tentu masa, kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid, kelewatan datang haid dan juga putus haid.
Penyebab
Terdapat pelbagai penyebab haid yang tidak teratur seperti yang anda alami. Contohnya, masalah peningkatan berat badan menyebabkan wanita mengalami kegemukan atau obes, penghidap sindrom ovari polisistik, diabetes mellitus, masalah malabsorpsi (penyerapan) usus, anoreksia dan lain-lain lagi.
Masalah yang disebabkan oleh sindrom ovari polisistik amat berkait rapat dengan masalah lain seperti obesiti dan diabetes mellitus yang akan menimbulkan gejala haid tidak teratur dan biasanya jangka waktu haid yang berpanjangan.
Saya jangkakan Indeks Jisim Badan (BMI) anda tidak normal. Saya perlu mengetahui ketinggian anda untuk mengira BMI. Mengekalkan BMI yang normal antara 20-25 (kg/tinggi m²) adalah perlu bagi seseorang wanita untuk mendapat kitaran haid yang teratur. Wanita obes (BMI >30 kg/m2) digalakkan mengurangkan berat badannya. Pengurangan berat badan boleh dicapai dengan mengamalkan program pemakanan yang sihat. Senaman tetap patut dijadikan sebahagian daripada program pengurangan berat badan. Selain itu, pengurangan berat badan membantu anda membaiki profil endokrin dan proses pengovulan serta kitaran haid yang tidak teratur.
Bersenamlah sekurang-kurangnya 20-30 minit, tiga kali seminggu. Diet seimbang juga diperlukan.
Anda tidak perlu gusar dan buat masa ini, teruskan pemerhatian ke atas kitaran haid anda dengan mencatat secara tepat dalam buku catatan harian. Insya-Allah, anda akan dapat bandingkan kitaran haid anda akan menjadi semakin teratur dari masa ke semasa.
Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.