Khasiat Buah Sukun
Buah sukun enak digoreng bersalut tepung malah lebih enak jika dicicah bersama sambal kicap. Namun, di sebalik keenakan rasanya tersimpan pelbagai manfaat yang jarang diketahui ramai terutama golongan muda.
Jika di bandar besar, agak sukar mendapatkan buah ini sebagai gorengan untuk hidangan petang tidak seperti di desa yang rata-rata pasti mengenali buah ini dan biasa dijadikan santapan.
Sukun atau nama saintifiknya artocarpus altilis adalah sejenis pohon yang memiliki buah. Isi buah sukun memiliki tekstur yang empuk sehingga di Eropah buah ini disebut buah roti atau ‘breadfruit’ kerana isi buahnya seakan-akan roti apabila sudah dimasak.
Bagi masyarakat negara ini terutama di desa pasti sudah tidak asing lagi dengan sukun. Buah ini memang memiliki rasa tersendiri jika digoreng ataupun direbus.
Selain itu, sukun juga boleh dijadikan kerepek sebagai makanan kudapan. Keistimewaan sukun bukan hanya terdapat pada buahnya, malah daun sukun juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
Daun sukun dikatakan memiliki khasiat untuk mengurangkan pelbagai penyakit kronik seperti kolesterol tinggi, diabetes, asid urik, penyakit jantung hingga kegagalan ginjal.
Ini kerana kandungan yang ada dalam daun sukun antaranya polifenol, sebatian asid hidrosionat, zat tanin, quercetin serta artoindosionin. Quercetin dan artoindosionin adalah sebatian yang berasal daripada sifat flavonoid dan antioksidan yang sering digunakan sebagai ubat. Antara khasiat daun sukun termasuk:

Khasiat Buah Sukun Untuk Kesihatan
Menjaga kesihatan ginjal
Jika anda ingin menjaga kesihatan ginjal, daun sukun dapat dimanfaatkan sebagai suplemen bagi ginjal. Caranya cukup mudah, ambil daun sukun secukupnya sebelum ia dibersihkan.
Kemudian, rebus daun sukun dengan air hingga mendidih. Minum ramuan daun sukun itu satu gelas sehari secara rutin untuk menjaga ginjal anda agar tetap sihat dan berfungsi dengan maksimum.
Menjaga kesihatan jantung
Jika anda menderita penyakit jantung, mungkin daun sukun boleh menjadi salah satu penyelesaiannya. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam daun sukun dipercayai mampu menjaga kesihatan jantung serta pembuluh darah anda.
Caranya, sediakan satu lembar daun sukun yang sudah tua dan baru saja dipetik dari pohonnya. Cuci daun itu hingga bersih sebelum dijemur hingga kering. Setelah kering, rebus daun sukun itu dengan lima gelas air hingga mendidih dan air rebusan tinggal bersisa setengah. Tambahkan air minum hingga kembali menjadi lima gelas, tapis dan minum ramuan ini secara rutin.
Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
Daun sukun juga sangat berguna dalam menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh anda. Anda hanya perlu bancuh segenggam daun sukun yang sudah dikeringkan. Caranya sama dengan membuat teh dan ramuan itu diminum secara teratur.