Home » » Diet Atkins makin popular

Diet Atkins makin popular

Diet Atkins 

Diet Atkins yang dikenali sebagai diet rendah karbohidrat kini semakin popular diamalkan oleh wanita yang mahu kurus lebih cepat. Benarkah diet ini mempunyai pro dan kontra tanpa pengamal sedari?

Apa itu diet Atkins?

Diet ini pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins pada awal tahun 70an. Anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein (telur dan ikan) dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat.

Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan yang mana  tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Bagaimana Diet Atkins bertindak?

1. Anda perlu had pengambilan karbohidrat sebanyak 20 gram saja.
2. Bukan bertujuan menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan membakar lemak, bukan glukosa.
3. Dari segi sains, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat, simpanan glukasa anda akan habis dalam masa 48 jam.
4. Jadi badan akan membakar lemak semata-mata dan cara ini akan menghilangkan lemak.
5. Ada dua tahap lagi yang harus dijalankan dalam diet ini iaitu, premaintenance dan maintenance. Pada tahap ini anda hanya tinggal mempertahankan diet, sekali gus mulai melihat hasilnya.


Risiko dan kesan Diet Atkins

Ramai yang mengamalkan diet ini dikatakan berjaya menurunkan berat badan. Diet ini memang berhasil untuk jangka pendek (2-6 bulan) berbanding diet yang lain.

Tetapi pengambilan keju kadangkala mendorong naiknya kadar insulin yang lebih banyak dari nasi, pasta, mi mahupun bubur. Ya, makanan berprotein mempunyai kadar lemak yang tinggi. Makanan berprotein juga dapat menurunkan kadar kalsium yang dapat menyebabkan berlakunya osteoporosis. Begitu juga dengan penghidap penyakit hati dan ginjal. Diet ini boleh menyebabkan masalah sembelit atau naik kadar kolesterol.

Wanita yang mahukan tubuh badan langsing, diet Atkins memang membantu tetapi lebih baik jika anda pelbagaikan sumber protein dan perbanyakkan makan ikan serta buah-buahan. Nak kurus sangat, anda boleh mengamalkan diet ini sebagai langkah awal menurunkan berat badan untuk dua minggu tetapi bukan untuk selama-lamanya. Rugi pula jika anda hadkan makanan yang sedap untuk dinikmati bersama keluarga!



 
Chatroom