Home » » Paul, bintang Youtube dikecam bergurau sebelah mayat mangsa bunuh diri

Paul, bintang Youtube dikecam bergurau sebelah mayat mangsa bunuh diri

Paul Logan dikritik hebat 

Bintang YouTube dari Amerika Syarikat telah mencetus kemarahan netizen selepas menyiarkan video mayat mangsa bunuh diri di Jepun.

Logan Paul, 22, yang mempunyai 15 juta pengikut di YouTube, digelar “kurang sensitif“ dan "menjijikkan" selepas berkongsi video dia bergurau senda bersama rakannya sebelah mayat yang ditemui di hutan Aokigahara di dasar Gunung Fuji - tempat bunuh diri yang terkenal di Jepun.

Paul dan rakan-rakannya terjumpa mayat seorang lelaki yang baru sahaja bunuh diri ketika memasuki hutan tersebut untuk pengembaraan.

Video tersebut turut menunjukkan tubuh lelaki itu, yang identitinya tidak diketahui dari beberapa sudut tetapi mukanya dikaburkan.


Video yang dikongsi oleh pada hari Ahad itu menerima berjuta-juta tontonan sebelum ia dipadamkan oleh Paul.

Susulan itu, netizen mengecam tindakan bintang YouTube itu dengan menyifatkan ia sebagai ‘bodoh dan ’angkuh’.

Mereka menyoal kewarasan Paul dalam menyiarkan mayat mangsa bunuh diri tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga atau rakannya.

Ada juga yang mendesak YouTube untuk mengambil tindakan terhadap Paul.

Paul kemudian memohon maaf menerusi akaun Twitter dan berkata dia tidak melakukan perkara itu untuk ‘likes’ malah hanya mahu menyebarkan kesedaran mengenai bunuh diri.



 
Chatroom