Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .
"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.
"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.
"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam.
Adibah Noor jadi guru dlm Oh My English!
-
Pelakon,penyanyi Adibah Noor lepas rindu terhadap kerjayanya sebagai
seorang guru Bahasa Inggeris setelah memegang watak Cikgu Hajar dalam
program Oh My En...








