Sesudah hampir tujuh bulan melahirkan cahaya mata sulung, Noah Sinclair, penyanyi seberang Bunga Citra Lestari khabarnya kini sedang gigih berusaha mahu mendapatkan bentuk badan asalnya.
Bukan sahaja untuk cantik bahkan untuk memastikan dirinya selesa apabila untuk tampil kembali menghiburkan peminat.
Kata Bunga Citra Lestari, dalam satu temubual bersama teman media seberang, dia kini dalam proses mengikuti program diet 'Hanya Untukmu'.
Lebih mengembirakan hatinya, setelah mengikuti program tersebut, kata Bunga Cita Lestari, berat badannya telah turun lebih 20 kilogram.
Meskipun sibuk menguruskan buah hatinya Noah, kata pelantun lagu Karna Ku Cinta Kau, dia akan kembali mewarnai dunia seni yang dicintainya itu.
"Aku tetap nyanyi setelah ada baby, tapi ya paling seminggu ambil satu-dua kali, aku akan cuba menyesuaikan keadaan secara perlahan-lahan," katanya.
Malah kata Bunga, selepas mempunyai cahaya mata tumpuannya kini hanya pada bidang nyanyian berbanding lakonan.
Sementara itu suaminya, Ashraf Sinclair pula berkata, berikutan program diet isterinya itu, dia turut sama mengatur jadual makannya yang sekaligus membantunya menurunkan berat badan.
"Pas dia atur-atur makan, aku jadi ikut diet juga, (berat badan) aku juga jadi turun," ucap Ashraf sambil ketawa.
Pasangan tersebut telah pun mendirikan rumahtangga pada tahun 2008 dan baru dikurniakan seorang cahayamata.