Home » » Sinopsis Kasihnya Umairah bermula 4 April 2011, TV2

Sinopsis Kasihnya Umairah bermula 4 April 2011, TV2

Sinopsis Kasihnya Umairah

Kasihnya Umairah mengisahkan percintaan antara Umairah dan Raman yang mendapat tentangan bapa gadis itu, Pak Leman. Ini kerana, Pak Leman sudah ada calon sendiri.

Sebagai bapa, Pak Leman lebih dulu menetapkan jodoh anaknya (Umairah) dengan Taufik, anak orang kaya di kampung mereka. Mengetahui kisah percintaan terhalang Umairah dan Raman, membuatkan kebencian Taufik makin memuncak.

Justeru, ego dan sikap enggan mengalah mendorong memberi amaran kepada Raman supaya tidak lagi mendekati dan bercinta dengan Umairah. Namun, pada masa sama Taufik juga turut sama menggoda Fauziah yang juga teman rapat Umairah.

Fauziah tidak mengetahui perancangan Taufik memikat Umairah untuk dijadikan isterinya. Bahkan, bagi memenangi hati bakal bapa mentuanya, Taufik menyogok Pak Leman dengan pelbagai pemberian termasuk membeli motosikal baru.

Selain itu, Taufik juga memberi wang perbelanjaan kepada Pak Leman. Demi memastikan impiannya mendapatkan Umairah menjadi kenyataan, Taufik juga memfitnah Raman kononnya pemuda itu sering mengganggu Umairah dan berniat jahat.

Taufik juga mengupah Wak Sono, seorang dukun palsu bagi mendapatkan ubat pengasih untuk menundukkan Umairah. Taufik berjaya mempengaruhi Pak Leman dengan cerita rekaannya itu. Raman pula kecewa apabila tahu kekasihnya akan bertunang.

Pada masa sama, Pak Leman kemalangan dan meninggal dunia. Taufik pula ditangkap basah bersama Fauziah dan dihalau keluar dari rumah oleh bapanya, Pak Wahid. Mereka berkahwin dan lari membawa diri ke Indonesia atas bantuan Wak Sono.

Apakah kesudahan kisah cinta Umairah dan Raman. Dapatkan mereka bersatu sebagai suami isteri. Apakah Taufik akan membalas dendam? Ikuti lakonan hebat Adrea Abdullah, Rashdan Baba, Azman Nor, Kismah Johar, Allahyarham Yalal Chin dan Aznah Hamid.

Sebanyak 13 episod, drama rantaian ini pasti menarik perhatian penonton kerana plot ceritanya mengangkat kisah kasih sayang dan pengorbanan cinta seorang wanita. Begitu juga, drama ini turut melakukan penggambaran di negara jiran, Indonesia.



 
Chatroom