Home » » Sinopsis Keranamu Laila drama bersiri TV3 lakonan Norman Hakim setiap Jumaat jam 9 malam

Sinopsis Keranamu Laila drama bersiri TV3 lakonan Norman Hakim setiap Jumaat jam 9 malam

Sinopsis Keranamu Laila

Pelbagai persoalan menanti jawapan dalam Keranamu Laila, terutama siapa sebenarnya May dan apa kaitannya dengan Laila?

Watak May lakonan Mandy Chong meniti kehidupan yang tragis. May yang dilahirkan dalam keluarga berada jatuh cinta kepada pekerja bapanya, Fendi. Malangnya, May menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki yang disangka musuh bapanya. Demi cinta, Fendi sanggup mengahwini May.


May berkorban meninggalkan agamanya untuk memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah. Namun, kebahagiaan diimpikan May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi meragui kandungan May. Hubungan mereka berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui anak dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua.

Fendi sebenarnya cuma memperalatkan May kerana ingin membalas dendam terhadap bapa mentuanya, Tauke Alex yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. Dia tekad meninggalkan bayi di depan rumah Fendi kerana tidak mampu menyara anaknya, Laila.

Sejak itu, May hilang arah tuju dalam hidupnya dan malu untuk mengaku dirinya sebagai seorang Muslim. Bagaimanapun, hatinya terbuka untuk mengenali agama Islam atas bantuan kawannya, Salimah. May sering berdoa untuk bertemu semula anaknya. Adakah Laila (Ixara Aishah) akan menerima May sebagai ibu kandungnya?

Lakonan hebat Norman Hakim menerusi drama bersiri, Keranamu Laila yang membawa peranan lelaki talam dua muka bernama Fendi dapat ditonton yang menghiasi slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam.



 
Chatroom