Home » » Kenapa Lelaki Berkahwin Cepat Boroi dan Buncit?

Kenapa Lelaki Berkahwin Cepat Boroi dan Buncit?

Selama ini kita mungkin tertanya-tanya mengapa sebahagian besar lelaki mahupun wanita biasanya mengalami pertambahan berat selepas mereka berkahwin. Jika wanita sukar mengekalkan bentuk tubuh, lelaki pula sering kali berdepan dengan masalah perut boroi.


Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan.

Namun begitu, dari satu sudut yang lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada kesihatan mereka. Terdapat dua teori yang mungkin boleh menjadi faktor masalah ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte Schoenborn.

Pertama, berdasarkan teorinya, perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap kesihatan. Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan daripada aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi. Selain itu, mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.

Kedua, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin dan kekal dalam perkahwinan tersebut. Sebaliknya mereka yang `kurang sihat'' tidak berkahwin atau lebih cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda. Secara keseluruhan, kaitan antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka dilahirkan.

Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mendapati mereka yang berkahwin khususnya lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas, 12 peratus tahap kesihatan mereka dalam lingkungan baik atau teruk.

Tahap kesihatan golongan duda dan janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin paling sedikit mengalami masalah kesihatan. Selain itu, mereka paling kurang terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.

Di samping tahap kesihatan yang jauh lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami beberapa masalah kesihatan.

Antaranya, kurang mengalami sakit belakang bahagian bawah, kurang sakit kepala dan tekanan p sikologi kecuali masalah berat badan. Berita baiknya, mereka juga kurang minum minuman keras, merokok dan aktif secara fizikal berbanding orang lain.

70 Peratus Suami Obes
Apa yang membimbangkan, buat masa ini, lebih daripada separuh orang dewasa tergolong dalam kumpulan yang obes. Kira-kira 70 peratus para suami termasuk dalam kategori obes berbanding 65 peratus lelaki yang lain.

Hubung kait antara perkahwinan dan kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan yang istimewa'' ini masih wujud hingga ke hari ini
sekalipun banyak berubah.

Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan. Berbeza dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.

Sementara itu, dalam satu kajian yang berasingan oleh The Harvard School of Public Health, mendedahkan lelaki yang berkahwin semula juga boleh mengalami pertambahan berat badan. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian tersebut pertambahan berat badan ini kerana perkahwinan itu sendiri mengubah tingkah laku makan mereka semasa mereka menjadi `orang bujang''.

Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai. Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.

Kurang Senaman
Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan berat badan.

Kemungkinan lebih banyak masa diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk melakukan senaman secara rutin.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of Epidemilogy and Community Health itu, mendapati rata-rata lelaki yang berpisah dengan pasangan mereka mengalami penurunan berat badan, merokok dan lebih banyak minum minuman keras.

Profesor Ben Fletcher, dari Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangannya tentang lelaki yang berkahwin semula. Ujarnya, golongan ini biasanya mendapat lebih banyak sokongan sosial iaitu kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.

Ketua Jabatan Psikologi University of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan tersebut berdasarkan kajian lain. Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan pasangan. Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas kematian pasangan mereka.



 
Chatroom