Home » » Amalan, Nasihat dan Petua Ketika Berpantang

Amalan, Nasihat dan Petua Ketika Berpantang

Amalan dan Petua Melayu Ketika Tempoh Berpantang

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAM
Untuk 2 minggu yang pertama anda digalakkan mengamalkan makanan yang lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan pembuangan air besar. Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit.

2. PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANG
Seboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.

3. AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 – 3 LITER SEHARI
Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga. Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda dan membuat anda sakit kepala, pening dan/atau kembung perut.

4. AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI
Dinasihati untuk tujuh (7) hari pertama,lap badan dengan air suam sebersih-bersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi dan lap badan pada waktu petang sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang. Anda tidak akan berbau busuk sebab anda tidak berparam, berpilis atau bertangas.

5. HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN PAYU DARA
Anda dinasihati memakan ubatan yang diberikan oleh doktor seperti antibiotik atau Vitamin C untuk merawat luka-luka jahitan atau bedah dengan segera serta mendengar arahan-arahan yang diberi oleh Doktor Pakar. Kadang kala luka jahitan amat memeritkan dan mengerikan. Nasihat kami, sentiasa jaga kebersihan dan cuci jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus. Selepas cuci lap kering luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut. Untuk melegakan keperitan tersebut, kami menasihatkan anda ambil sepeket air batu dan/ atau sebungkus kacang pea beku dibungkus dan dibalut dengan tuala bersih dan tekap pada luka jahitan tersebut. Atau anda boleh juga menyimpan pad bersalin anda didalam freezer untuk memberi kelegaan serta merta apabila memakainya.Pastikan kebersihannya. Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan kebengkakan tersebut ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan teruk.

6. ELAKKAN KEJADIAN BENTAN
Orang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stoking dan berselipar didalam rumah. PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa dengan Doktor Pakar dengan segera.

7. MEROYAN & CUKUP REHAT
Untuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses penyembuhan daripada kesakitan yang amat. KEEMPAT: Pilih amalan berpantang yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak pilihan orang lain sekiranya ia membuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi berpanjangan. Sebarang masalah atau ketidakselesaan beritahu kepada orang yang disayangi atau dipercayai dan elakkan bersendirian untuk mengelak kemurungan. SEKALI LAGI! Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa sekalipun dengan suami, pembantu rumah atau ahli keluarga anda. Jangan rasa bersalah apabila melakukan agihan tersebut kerana sebenar yang sakit ialah anda dan bukan mereka. Lagipun ia hanya mengambil masa lebih atau kurang dua (2) bulan sahaja sebelum anda kembali bertenaga, tenang dan normal.
ISLAM menganggap tidur sebagai ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

8. BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNG
Anda boleh berurut badan tapi nasihat kami jangan bersengkak dahulu kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada.



Affiliates

 
Chatroom