Sepanjang bulan Syawal ini kita disaran mengeratkan ukhuwah di antara umat Islam dengan berkunjung, bermaafan, beramah-mesra serta memuliakan tetamu yang datang ke rumah.
Penganjuran rumah terbuka merupakan wadah yang sangat sinonim dilakukan oleh banyak orang di sepanjang bulan syawal ini bagi memupuk semangat persaudaraan.
Jadi fokus minggu ini saya akan memberikan tip bagaimana kita dapat merancang rumah terbuka supaya tiada lagi berlakunya pembaziran.
Sebenarnya kita dapat menjimatkan banyak wang dengan memasak sendiri di rumah tetapi ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan jika ingin menyediakan juadah untuk rumah terbuka.
Perkara paling penting adalah senaraikan menu yang hendak disajikan dan perlulah sesuai dengan jemputan anda.
Pastikan tetamu yang dijemput itu dikemaskinikan kehadiran mereka apabila sudah dekat dengan tarikh rumah terbuka anda.
Ini bagi memastikan berapa ramai tetamu yang benar-benar dapat menghadirkan diri dan dapat dianggarkan berapa banyak makanan yang perlu disediakan.
Seterusnya, menu yang dipilih tidak perlu menggunakan bahan-bahan yang mahal. Di sini suka untuk saya sarankan supaya menggunakan bahan-bahan tempatan yang murah.
Jika ada bahan dalam resipi yang menggunakan bahan yang mahal anda boleh mengubahsuaikan resipi itu dengan menggantikan bahan yang murah. Jangan takut untuk berkreatif.
Harga barangan di pasar raya juga berbeza-beza jadi belilah bahan mentah di tempat yang menjual bahan mentah pada harga yang murah.
Berkenaan dengan kualiti makanan pula, pastikan anda memilih bahan mentah yang betul-betul berkualiti kerana makanan yang lazat dan terbaik hanya diperoleh jika anda menggunakan bahan yang baik kualitinya.
Jangan tertipu dengan muslihat sesetengah peniaga yang menipu pelanggan dengan menyorok kualiti yang rendah dengan harga yang tinggi.
Saya khuatir dengan kualiti bahan mentah yang rendah akan menyebabkan makanan yang dimasak berasa tidak sedap dan akibatnya makanan itu tidak habis dimakan oleh tetamu yang hadir.
Oleh yang demikian ilmu kemahiran memilih bahan mentah yang segar perlu dipertingkatkan dengan membaca dan berkongsi dengan orang yang lebih berpengetahuan.
Janganlah tahu berbelanja sahaja tetapi apa yang anda belanja tidak setimpal dengan apa yang dibayar.
Selain itu janganlah masak terlalu banyak kerana anda perlu faham kadang-kadang ada sesetengah tetamu mendapat jemputan ke rumah-rumah terbuka yang lain.
Takut-takut nanti mereka tidak makan banyak kerana sudah kekenyangan. Cukuplah jika menyediakan satu atau dua menu berat, selebihnya disulami dengan menu-menu ringan dan satu pencuci mulut sahaja.
Kesegaran juadah perlulah diberi perhatian kerana rumah terbuka boleh menjangkau hingga ke malam jadi makanan perlulah selamat dimakan dan tidak cepat basi.
Saya cadangkan supaya amalkan memasak secara berperingkat, maksudnya makanan boleh dimasak lagi sekiranya ia hampir habis.
Caranya, anda boleh menyimpan sebahagian bahan-bahan mentah yang telah siap dipotong dan sediakan dan disimpan di peti sejuk dan masak apabila perlu.
Memasak secara berperingkat juga adalah sebagai langkah persediaan jika makanan yang anda sediakan itu tidak mencukupi. Persediaan awal dapat menjimatkan masa memasak anda.
Jadi tetamu tidaklah perlu menunggu lama untuk menjamu selera. Jika anda memasak dengan makanan banyak anda perlu menghangatkan makanan itu supaya ia tidak cepat rosak jadi tidaklah ia membazir jika makanan itu basi.
Makanan yang bersantan selalunya tidak boleh tahan lama jadi jika lauk yang menggunakan santan sebaik-baiknya dipanas selang empat jam dan pencuci mulut yang menggunakan santan sebaik-baiknya disimpan di peti sejuk dan keluarkan apabila ia sudah habis di meja hidangan.
Makanan yang anda hidangkan juga hendaklah selalu ditutup agar tidak dihinggapi serangga seperti lalat yang boleh menyebabkan makanan itu perlu dibuang.
Pilihlah mangkuk hidangan bertutup seperti chauffing dish yang mempunyai penutup dan pemanas di bawahnya yang menggunakan lilin.
Saya juga suka menyarankan semangat gotong royong ketika mengadakan rumah terbuka. Jika mempunyai adik beradik, buatlah rumah terbuka secara bersama. Ini dapat menjimatkan wang, tenaga dan masa.
Ia bukan terhad di kalangan adik beradik sahaja, anda juga boleh buat bersama jiran-jiran di taman perumahan anda tinggal jika mahu.
Selain itu amalan membawa juadah atau potluk ke rumah terbuka juga salah satu cara dapat menjimatkan wang.
Tetapi sebaik-baiknya maklumkan kepada tuan rumah supaya mereka tidak masak berlebihan.
Masaklah dengan hati yang ikhlas insya-Allah makanan yang dimasak akan berasa sedap. Saya ucapkan selamat mengadakan rumah terbuka tanpa pembaziran pada tahun ini.
~ Utusan