Home » » Sinopsis Filem Super Duper Lover

Sinopsis Filem Super Duper Lover

Sinopsis Super Duper Lover

Super Duper Lover mengisahkan perjalanan dua sahabat, Mukhlis dan Murni yang gigih mencari erti cinta sebenar. Pelbagai cara yang dilakukan dua sahabat ini dalam mengejar perasaan cinta hingga akhirnya mengundang konflik lain. Mewujudkan konflik antara mereka, plot cerita ini dibantu Iqwal (Fezrul Khan) bersama Stacy (Mon Ryanti) dan Felix (Kamal Faridz).

Apa yang cuba disampaikan merujuk pada perhubungan lebih sekadar kawan hingga berlaku istilah cinta platonik iaitu merujuk perasan cinta antara lelaki dan perempuan yang hadir bukan atas faktor nafsu.

Pada awal cerita Murni meminta bantuan Mukhlis untuk mencari jodoh dan lelaki itu melakukan carian bakal teman lelaki yang sesuai menerusi laman sesawang.

Filem Super Duper Lover ini diterbitkan Metrowealth Pictures (MIG) dan dilakonkan oleh Aeril

Aeril yang sebelum ini pernah muncul menerusi filem Aku Tak Bodoh dan Cinta Kura-Kura mengakui tidak mampu menolak peluang dan kepercayaan diberikan David untuk menjadi tunjang utama Super Duper Lover.


"Alhamdulillah, akhirnya selepas menimba pengalaman dalam lakonan drama, saya diberi kepercayaan memegang watak utama untuk filem. Selesai saja 7 Petala Cinta, terus saya dipilih untuk melakonkan watak Mukhlis menerusi Super Duper Lover.

"Filem ini memberikan saya pengalaman baru dan berbeza berbanding filem sebelumnya. Ia lebih banyak menguji mainan emosi saya dengan seorang sahabat wanita. Perwatakannya misteri namun, penuh dengan perasaan cinta dan jujur.

"Peluang ini sememangnya sudah lama saya nanti dan 2012 adalah tahun yang bakal menentukan kerjaya lakonan saya memandangkan ketiga-tiga filem, Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta dan Super Duper Lover akan ditayangkan," katanya.

JUDUL Filem: Super Duper Lover
PRODUKSI: Metrowealth Pictures (MIG)
PRODUSER: David Teo
PENGARAH: Ahmad Rusli Mohamed Khadri (Ollynn)

Pelakon Super Duper Lover:
1. Aeril Zafrel (Mukhlis)
2. Nuremy Ramli (Murni)
3. Fezrul Khan (Iqwal)
4. Shima Anuar (Zizi)
5. Elmy Moin (Ayim)
6. Mon Ryanti (Stacy)
7. Kamal Faridz (Felix)
8. Sally (Jannah)
9. Anna Bella (Angie)



 
Chatroom