Bagi anda yang berazam untuk menguruskan badan, jangan terlalu bergantung kepada ubat atau suplemen untuk kurus.
Masalah berat badan merupakan isu utama di kalangan wanita tak kira peringkat usia, bangsa dan adat budaya. Ia sentiasa menghantui pemikiran. Kadang-kadang wanita kita yang mempunyai masalah ini digelar '3G' - gebu, gempal dan gemuk. Ada yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita. Para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsing badan. Kegemukan atau obesiti juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti meningkatnya risiko kanser payu dara, kanser usus (kolorektal), kanser rahim (uterus/ peranakan), penyakit buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga strok (angin ahmar).
Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan. Tapi untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen yang amat tinggi untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh.
Kalau anda bersungguh-sungguh mahu kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi dengan menggabungkan dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ia pasti berbaloi. Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu dengan menetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram hingga satu kilogram dalam seminggu. Biasanya 0.5 kilogram adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1 kilogram pun dah bagus untuk peringkat permulaan.
Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.
Rendah kalori
Anda juga disaran mengambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Anda juga hendaklah mengelak dari memakan makanan ringan di antara waktu makan dan memperbanyakkan meminum air mineral atau air kosong sahaja.
Anda juga hendaklah menetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh mengambil sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi), makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang), minum petang (3.30 - 4.00 petang) dan makan malam (6.30 petang - 7.30 malam). Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. Cuba amalkan untuk menjamah makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen. Biasakan diri untuk menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh, lakukan aktiviti senaman atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur, tidurlah dalam enam hingga lapan jam sehari. Insya-Allah, anda akan kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat mencuba.
~ Utusan