Home » » Keli zat babi haram

Keli zat babi haram

Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.



4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ada sesiapa nak jual bios 9000 2nd hand? sy nak bbeli untuk mak sy. boleh hubungi sy aidae_1909@yahoo.com.

Tanpa Nama berkata...

bios 9000 ni sama kualiti dgn dr health 9000 ke? made in japan ? sbb yg sy tahu dr jism made in china tp pakai technology japan dan tersgt mahal...!!!

sy nak beli yg second hand tp biarlah berfungsi mcm baru...sesuai ke utk org sakit jantung? jika ada yg nak jual bios9000 dan harga yg berpatutan sila email sy kat rinatara@hotmail.com

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Berminat dgn jenama lain lain yg jauh lbh baik. Sgt berkesan utk mereka yg diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan untuk aktiviti harian. Ada byk testimonial sbg pengesahan. Harga boleh dirunding. Hubungi 0197565400

Tanpa Nama berkata...

saya keliru, mak saya nangis2 nak saya belikan mesin nih, manalah saya mampu. Sampai hati org yg konon beri rawatan percuma, rupa2 tak ikhlas, mak saya yang tua kena brain wash. Mahu porak peranda keluarga kami dibuatnya. MOGA ALLAH BALAS JASA MEREKA SETIMPAL DGN APA YG DIBUAT.

Catat Ulasan

 
Chatroom