Home » » Sinopsis Perempuan Di Hujung Ramadan,Cerekarama TV3,13 Ogos 2011

Sinopsis Perempuan Di Hujung Ramadan,Cerekarama TV3,13 Ogos 2011

Sinopsis Perempuan Di Hujung Ramadann

Perempuan Di Hujung Ramadan mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. Di bulan Ramadan, Munirah menerima panggilan dari sepupunya, Shikin yang memberitahu bahawa Sarimah sedang tenat kerana menghidapi barah.

Namun, Munirah masih menderita dengan tragedi yang berlaku pada 6 tahun yang lepas ketika Sarimah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang tinggal di rumahnya sementara menunggu pekerjaan.

Sarimah telah membantu menjaga anak Munirah iaitu Adam. Adam dibela sebagai anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Siapa sangka, kepercayaan Munirah dikhianati kerana Sarimah menjalini hubungan sulit dengan suami Munirah, Zain. Munirah telah diceraikan dan turut kehilangan hak penjagaan Adam. Setelah sekian lama, apakah Munirah dapat memaafkan Sarimah?

Pelakon Perempuan Di Hujung Ramadan: Elly Mazlin, Zarina Zainordin, Riezman Khuzaimi, Wan Maimunah.




 
Chatroom