Home » » Manohara mahu turun berat badan

Manohara mahu turun berat badan

Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mengaku berat badannya kini tidak sesuai dengan tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurutnya, dia mahu menurunkan berat badannya tetapi tanpa menjalani diet dan bersenam.

"Mano (nama jolokannya) ingin kembali mempunyai berat badan yang dulu iaitu sebelum seperti sekarang ini," katanya di lokasi klip video muzik, Misteri Cinta.

Manohara menjadi model dalam klip video muzik kumpulan The Dangduters.

Bagaimanapun, Manohara enggan mendedahkan berat badannya yang sebenar.

"Tidak (enggan memberitahu berat badannya). Pokoknya berat," katanya.

Menurutnya, berat badannya kini naik sebanyak 14 kilogram.

Salah satu petunjuk berat badannya naik ialah dia tidak lagi boleh memakai seluar jean.

Menurutnya, berat badannya kemungkinan akan turun dalam tempoh dua bulan lagi.

Namun, dia merahsiakan cara yang akan digunakan untuk menurunkan berat badannya.

Mahohara mendapat liputan meluas media Indonesia selepas dia melarikan diri ke Jakarta dengan bantuan polis Singapura selepas mendakwa didera oleh suaminya, Tengku Muhammad Fakhry pada 31 Mei lepas. - Agensi



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom