Ketahuilah beberapa tanda penting yang boleh menjadi amaran kepada penyakit kronik lazim seperti:
# Paralisis (lumpuh) pada tangan atau kaki, rasa kebas, mencucuk, keliru, pening, pandangan menjadi berganda, pertuturan tidak jelas, sukar mencari perkataan atau berasa lemah pada sebelah muka atau badan. Ini adalah tanda amaran strok atau angin ahmar. Sesetengah pakar perubatan memanggilnya serangan pada otak kerana salur darah yang membawa oksigen ke otak tersumbat atau pecah yang menyebabkan kematian tisu otak.
Gejala dialami setiap individu berbeza mengikut bahagian otak yang terbabit. Jika salur darah besar yang tersumbat, banyak kawasan otak tidak mendapat bekalan oksigen dan mungkin menyebabkan lumpuh separuh badan dan kehilangan sesetengah fungsi seperti pertuturan dan keupayaan memahami percakapan orang.
Jika anda mengalami mana-mana gejala di atas, segera minta ahli keluarga bawa anda ke hospital kerana dalam serangan strok, masa sangat penting. Lebih cepat ia dirawat, lebih tinggi peluang untuk sembuh dan paling penting, ia dapat mengelak kerosakan otak yang teruk.
Antara faktor risiko utama strok ialah tekanan darah tinggi yang tidak disedari kebanyakan orang. Kita tidak akan tahu tekanan darah meningkat kecuali melalui ujian dan bagi yang disahkan ada masalah ini, ramai gagal mengambil ubat seperti disarankan.
# Sakit dada, dada terasa sesak atau tidak selesa; sakit pada lengan, rahang atau tengkuk; berasa sangat lemah, mual, muntah; sesak nafas dan hampir pitam. Ini adalah tanda kepada serangan jantung. Jika anda mengalami gejala ini, segera dail 999 atau minta ahli keluarga segera bawa anda ke unit kecemasan di hospital.
Bukan semua pesakit yang alami serangan jantung berasa sakit atau sesak dada. Sesetengah orang, terutama wanita, berusia dan pesakit kencing manis, biasanya mengalami serangan jantung tanpa rasa sakit. Mereka mungkin sesak nafas, berpeluh-peluh tanpa sebab atau pening secara tiba-tiba. Ini sebabnya anda perlu belajar mengenali tanda awal serangan jantung.
# Kencing berdarah. Sebaik anda mengesan kehadiran darah dalam air kencing, segera jumpa doktor, walaupun tidak berasa sakit. Kehadiran darah dalam air kencing mungkin disebabkan batu karang dalam buah pinggang atau pundi kencing; atau jangkitan pada kelenjar prostat (pada lelaki).
Namun kebanyakan orang, tidak kira penduduk di Timur mahupun Barat, mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Kalau gejala dialami tidak membimbangkan, tidaklah mereka berjumpa doktor, apatah lagi jika ia tidak sakit dan hanya muncul sekali. Bagaimanapun, dalam kes kencing berdarah, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengelak masalah berlarutan atau jangkitan semakin buruk.
Ini adalah petanda penting kerana kanser buah pinggang, pundi kencing dan kelenjar prostat juga boleh menyebabkan air kencing berdarah. Kanser yang dikesan dan dirawat awal mempunyai peluang sembuh yang lebih baik; malah belanja rawatan juga jauh lebih murah.
# Kemurungan dan pernah terfikir untuk membunuh diri. Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kemurungan, namun apa yang dirasai biasanya ialah sedih berpanjangan (melebihi dua minggu), tidak bersemangat, hilang minat terhadap perkara yang dulunya disukai, sentiasa lesu, resah, sukar tidur malam, hilang selera makan dan paling bahaya apabila terasa diri tidak berguna serta pernah terfikir untuk membunuh diri.
Dalam hal ini ahli keluarga perlu lebih peka terhadap perubahan yang ditunjukkan seseorang dan segera mendapatkan bantuan, terutama apabila individu itu mengadu hilang semangat untuk meneruskan hidup atau berasa dirinya hanya menyusahkan orang lain.
Ambil langkah proaktif untuk menjaga kesejahteraan minda dan badan. Kajian menunjukkan kesihatan badan dan minda ada kaitan rapat kerana penyakit, terutama yang kronik, boleh menjejaskan kestabilan emosi dan minda. Sebaliknya, masalah minda juga menjejaskan tahap kesihatan seseorang.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memperlahankan rentak hidup dan ubah suai gaya hidup anda. Jika selama ini anda terlalu sibuk dengan kerja, berhenti sejenak dan berfikir kerana ada yang lebih penting daripada kemewahan harta benda iaitu agama, keluarga dan hubungan sesama insan.
Kajian menunjukkan pengubahsuaian gaya hidup yang kecil sebenarnya memberi kesan besar terhadap keseimbangan bahan kimia otak dan membantu fikiran kita untuk lebih tenang.
Ketenangan ini boleh dicapai dengan bersenam, mendekatkan diri dengan agama dan berbuat baik (membantu orang, menyertai persatuan atau terbabit dalam kerja sukarela) yang membolehkan anda memberi dan menerima kasih sayang secara tidak langsung.
Selain itu, simpan nombor klinik dan hospital berhampiran, persatuan badan bukan kerajaan yang memberi khidmat berkaitan kesihatan atau ambulans dan letakkan ia di tempat yang mudah dilihat seperti berhampiran telefon atau peti sejuk.
Akhir sekali, jangan lupa melengkapkan rumah anda dengan kit kecemasan dan pastikan ia dilengkapi dengan keperluan asas. Ganti mana-mana ubat yang luput tarikh dan ubat ini boleh dibeli di farmasi.
Pastikan juga ubat yang tidak habis dimakan untuk masalah kesihatan tertentu dibuang supaya ia tidak disalahgunakan.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
2 Komen:
Salam...
di sini ingin di kongsikan bagaimana mereka hadapi cabaran sakit lumpuh dan dengan izin Allah sihat kembali pulih atau setidak-tidaknya berlaku perubahan besar kembali sihat semenjak lumpuh.
http://kedai24online.blogspot.com/2013/02/susu-igg-plus-klik-sini.html#
semua penyakit pasti ada penawar..cara berikhtiar itu yg berbeza hasilnya..disini saya nk kongsikan beberapa penyakit yng sebuh dengan izinNYA..http://rosnistg.blogspot.com/2014/04/bio-velocity-sleep-mate-bvsm-yang.html
Catat Ulasan