Sinopsis Arca Cinta
Pada suatu pagi sebelum bertolak ke majlis akad nikah, Nizam terkenang semula peristiwa sedih yang menimpa dirinya setahun lalu. Nizam dan Najwa berkahwin hampir 10 tahun tetapi mereka sudah mengenali satu sama lain hampir 30 tahun. Mereka dikurniakan anak perempuan, Emi.
Pada satu petang raya, Najwa jatuh pengsan dan mendapatkan rawatan di hospital. Najwa terpaksa bermalam di sana sehingga keputusan darahnya diketahui.
Di hospital, Najwa bertemu Sari, wanita yang berasal dari kampung dan bekerja sebagai seorang jururawat. Sari sudah bertunang dengan jejaka pilihan keluarga iaitu Fezrul yang juga ahli perniagaan yang masih berusaha keras memajukan perniagaannya.
Dalam kegigihannya itu, dia hanyut dalam godaan duniawi dan ini membuatkan Sari resah.
Keesokan harinya, doktor beritahu Najwa yang barah darahnya menyerang semula dan sudah sampai ke peringkat progresif. Doktor menasihatinya menjalani proses kimoterapi secepat mungkin. Najwa dan Nizam sukar untuk menerima hakikat ini kerana mereka sangka Najwa sudah sembuh daripada penyakit itu sepenuhnya beberapa tahun dulu.
Atas sokongan Nizam, Najwa mula menjalani rawatan kimo di hospital. Dalam kegelisahan menunggu Najwa, Sari mula mengenali Nizam dan cuba memberi semangat kepadanya. Nizam takut akan kehilangan Najwa kerana mereka ibarat isi dan kuku. Nizam manja sekali dengan Najwa tetapi sekarang, Nizam terpaksa kuat untuk Najwa dan mengagahkan hatinya melakukan kerja rumah dan menjaga Emi.
Sari pula mula bengang dengan perangai Fezrul yang kerap keluar malam dan pulang dalam keadaan mabuk. Pada suatu pagi, dia bertegas dengan Fezrul untuk berubah dan tetapkan tarikh perkahwinan mereka ataupun putuskan saja pertunangan itu. Fezrul pandai bermain kata dan berjaya mencairkan hati Sari lalu mereka terlanjur.
Beberapa bulan berlalu tetapi tiada perubahan yang berlaku pada diri Najwa, malah dia kelihatan lebih lemah dan lesu. Doktor memberitahu yang proses kimo itu tidak memberi kesan terhadap dirinya. Doktor memberinya pilihan sama ada meneruskan kimo di rumah atau mencari rawatan alternatif.
Kru Produksi
SYARIKAT PRODUKSI: PTV Film Productions, Sdn Bhd
PENERBIT: RM Rhea
PENERBIT EKSEKUTIF: Kamal Kamarul Baharin (FDAM), Larissa Ros
PENERBIT PENASIHAT: MP Roslin Md Sharip (FDAM)
PENGARAH: Fahizal
Abdullah (FDAM)
PENOLONG PENGARAH: Mohd Roszaini @ Zaini
SKRIP; Taming Sutra Dewa
SETIAUSAHA PRODUKSI: Lea Mustafa
JURUKAMERA: Mohd Razali Ismail @ Jay
PEMBANTU JURUKAMERA: Khairul Anwar Effandi Taufek Effandi @ Lipan
PENATA CAHAYA: Shahrol Tarmizi Mohtar (Along)
PENATA BUNYI: Mohd Asmadi Ghazali @ Madie
BOOM: Abdul Razak
Mohamed Adil
PERALATAN TEKNIKAL: MS Post Production Sdn Bhd
KESINAMBUNGAN:
Norsuhaiba Kamarudin @ Shiba
PROPMASTER: Faruz Sharif @ Giant
PROPMAN: Shahrul Nizal Yusof, Bobby Samad
SOLEKAN & EFEK: Mohd Firdaus Daud @ Chika
WARDROBE: Nor Hafzan Abu Hassan @ Eyzan
PEMBANTU PRODUKSI: Shamsul Azri @ Ayie, Irwan, Aida
PENGURUSAN TAJAAN & PRODUKSI: Che' Mat Ismail & Sam Anuar Zainal Abidin (maverick+co).
PENGANGKUTAN: IBZ Dagang
KATERING: Rozie MK Catering
SUNTINGAN AWAL: Najeeb
PELAKON: Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Almy Nadia, Zack X-Factor (Zachery Francis), Melly Amalin, Dilla Ahmad
MELLY AMALIN SBG EMI
SIARAN: Hari Raya (Astro Prima)
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...