Home » » Sinopsis Ahmad Durrah, TV3

Sinopsis Ahmad Durrah, TV3

Sinopsis drama Ahmad Durrah

Ahmad Durrah mengisahkan suka duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah selepas jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini.

Setelah merenung dan mengambil iktibar segala yang sudah berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya di samping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan.

Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik. Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat murni menemukan Ahmad Durrah bukan saja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya dengan mesra, malah berdepan dilema apabila harus memilih antara tiga wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?



 
Chatroom