Home » » Tip Membeli Belah Dengan Baik

Tip Membeli Belah Dengan Baik

Amalan lestari semasa membeli belah

1 BELI sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).

2 Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.

3 Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia).

Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.

4 Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga.

Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.

5 Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

6 Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas "styrofoam" yang tidak boleh lupus.

7 Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.

8 Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.

Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlan untuk mengurangkan pencemaran udara.

9 Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.

10 Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

11 Sewa / pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.

12 Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

13 Bawa beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastic tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

14 Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.

15 Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal.

Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

16 Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.

17 Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan.

Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.

18 Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.

19 Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel "Energy Star" yang menimatkan tenaga serta wang.



 
Chatroom