VITAMIN E sawit amat berkesan membantu meningkatkan imuniti badan dan menghindarkan penyakit.
Vitamin E pertama sekali kenalpasti lebih 60 tahun yang lalu dan diakui mengandungi khasiat yang penting. Ia adalah vitamin larut lemak dan lazimnya terkandung di dalam makanan. Oleh yang demikian, masalah kekurangan Vitamin E jarang berlaku pada manusia.
Vitamin E wujud di dalam semua tisu dan sel badan. Ia melindungi tisu dan sel dari kerosakan disebabkan radikal bebas yang terhasil di dalam badan dan memainkan peranan yang penting di dalam kawalan sistem imunisasi badan.
Peranan Vitamin E menangani pembiakan sel kanser telah terbukti. Ia juga berperanan membantu menghindar penyakit jantung.
Kandungan dan Komposisi
Vitamin E boleh didapati di dalam kebanyakan minyak dan lelemak. Ianya wujud untuk melindungi asid-asid lemak daripada teroksida. Secara amnya, semakin tinggi kandungan asid lemak poli tak tepu di dalam komposisi minyak dan lelemak, semakin banyak Vitamin E diperlukan untuk melindunginya dari teroksida. Secara purata, setiap gram asid lemak poli tak tepu memerlukan 0.6 mg Vitamin E.
Vitamin E terdapat paling banyak di dalam bentuk alpha-tokoferol. Yang lainnya adalah isomer-isomer yang berbeza yang tedapat di dalam bentuk gamma- dan delta-tokoferol.
Komposisi Vitamin E di dalam minyak sawit pula adalah berbeza. Hanya 30% daripada kandungan Vitamin E di dalamnya ialah tokoferol. Selebihnya adalah dalam bentuk tokotrienol (alpha, gamma dan delta) yang merupakan Vitamin E di dalam bentuk isomer yang berbeza. Selain dari minyak sawit, tokotrienol juga didapati dari minyak bijirin beras, minyak bijirin gandum dan minyak bijirin barli.
Tokotrienol sawit
Tokotrienol mempunyai struktur kimia yang agak berbeza berbanding tokoferol. Di samping berfungsi sebagai Vitamin E, kajian mendapati struktur yang berbeza pada tokotrienol mempunyai sifat biologikal dan fisiologikal yang tidak terdapat di dalam tokoferol.
Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dapat memastikan sekurang-kurangnya 400 gm/kg Vitamin E sawit masih terkandung di dalam olein sawit yang lazim digunakan untuk masakan Asia. Semasa proses penapisan minyak sawit mentah, sebahagian daripada Vitamin E akan terkumpul sebagai produk sampingan yang dipanggil sulingan asid lemak sawit (palm fatty acid distilate - PFAD).
Melalui teknologi inovatif, Vitamin E sawit dapat diekstrak dengan kandungan 30% tokoferol dan 70% tokotrienol. Kini, ianya boleh didapati di Malaysia dan di pasaran-pasaran yang yang lain.
Berikut adalah antara penemuan saintifik berkaitan Vitamin E sawit
Kandungan antioksida yang tinggi
Kandungan alpha-tokoferol telah lama digunakan sebagai asas untuk menguji kesan biologikal tipikal Vitamin E. Tokotrienol sawit juga diuji mengikut standart yang sama dan dibandingkan denga tokoferol-alpha.
Tokotrienol sawit telah tebukti mempunyai kesan anti-oksida yang amat kuat. Aktiviti anti-oksida yang terdapat di dalam alpha-tokotrienol adalah 40 hingga 60 kali lebih tinggi berbanding dengan alpha-tokoferol.
Ini adalah berkait dengan keupayaannya yang tinggi untuk menembusi lapisan-lapisan sel membran dan seterusnya melindungi sel daripada stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Potensi anti-oksida yang tinggi ini juga adalah amat berguna untuk melindungi badan dari kecederaan miokardium dalam kajian aritmia kardium ke atas haiwan.
Mengurangkan paras kolesterol darah
Kawalan paras kolesterol di dalam darah melalui terapi tanpa menggunakan ubat-ubatan masih dikaji secara berterusan.
Banyak produk-produk semulajadi dikatakan dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan paras kolesterol LDL (low density lipoprotein), yang berupaya menyumbang kepada risiko penyakit jantung. Vitamin E juga telah dikaji untuk tujuan ini. Alpha-tokoferol didapati gagal menunjukkan sebarang kesan pada kolesterol darah.
Gamma-tokotrienol yang terkandung di dalam minyak sawit dan minyak bijirin gandum telah dikenalpasti dan diuji. Hasil ujian menunjukkan ianya berkeupayaan tinggi mengurangkan paras kolesterol darah, dan setanding dengan jenis kumpulan ubat ‘statin’ yang disyorkan oleh pakar kardiologi untuk mengawal kolesterol darah.
Kajian klinikal dengan Vitamin E (yang mengandungi komposisi 70% tokotrienol) telah menunjukkan bahawa ianya berkesan dalam mengawal kolesterol darah.
Pengurangan lipid yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung pada pesakit yang mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi didapati amat ketara selepas menggunakan Vitamin E sawit. Kesan yang serupa tidak dapat dikatakan untuk Vitamin E yang biasa.
Penemuan baru juga menambahkan bukti keupayaan tokotrienol sawit di dalam mencegah risiko penyakit jantung. Kajian terhadap atherosclerosis (pengerasan arteri yang disebabkan oleh mendapan kolesterol) yang terbentuk pada tikus telah dijalankan di mana tikus tersebut kemudiannya diberikan diet yang kaya dengan tokotrienol sawit. Hasilnya menunjukkan mendapan kolesterol pada dinding arteri haiwan tersebut berkurang dengan berkesan.
Kesan antikanser
Tokotrienal sawit telah menunjukkan kesan positif di dalam kajian berkaitan kanser. Kajian awal minyak sawit pada model haiwan yang mengidap kanser menunjukkan bahawa minyak sawit dapat menghalang pembiakan sel kanser mamary. Kesan anti-kanser ini didapati disebabkan oleh Vitamin E sawit.
Seterusnya, kajian terhadap kesan Vitamin E sawit terhadap sel kanser payudara manusia dijalankan dan pertumbuhanya diawasi. Vitamin E sawit didapati dapat menyekat pertumbuhan sel-sel tersebut berbanding dengan Vitamin E biasa.
Ubat yang biasa digunakan oleh doktor sebagai rawatan kanser payudara, Tamoxifen sering tidak dapat diterima pesakit di dalam dos yang besar. Kombinasi Tamoxifen dan Vitamin E sawit didapati berkesan menyekatan pertumbuhan sel-sel kanser dengan lebih tinggi berbanding dengan hanya Tamoxifen.
Ini telah meningkatkan kebarangkalian yang lebih tinggi dalam keberkesanan memerangi kanser payudara dengan kombinasi tamoxifen dan Vitamin E sawit. Walaubagaimanapun, hipotesis ini masih lagi dikaji secara saintifik.
Vitamin E sawit mempunyai semua sifat yang dikaitkan dengan semua jenis Vitamin E. Disamping itu, terdapat juga kandungan tokotrienol yang mempunyai kelebihan yang semakin ketara, antaranya kandungan anti-oksida yang tinggi serta keupayaan mengurangkan kolesterol dan kesan anti-kanser.
Kita amat bertuah kerana minyak olein sawit yang biasanya digunakan untuk memasak, mengandungi tokotrienol yang kaya dengan khasiat.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...