Home » » Sinopsis Telefilem Miah Oh Miah

Sinopsis Telefilem Miah Oh Miah

Sinopsis Telefilem Miah Oh Miah
Miah dijaga sejak kecil oleh neneknya di kampung. Hidupnya berubah bila dia tinggal bersama ibunya di bandar. Dia dipaksa bekerja sebagai pembersih pejabat. Duit gajinya banyak dihabiskan oleh kakaknya Salmah dan Salina. Miah sangat suka melihat pakaian Suzi iaitu setiausaha di pejabat tempatnya bekerja. Suzi suka mendapatkan pandangan Miah apabila pergi ke satu-satu majlis. Miah akan memberikan komen dan adakala komennya boleh dipakai.



Ketika Miah berjalan-jalan dia terlihat satu pakaian yang cantik dan menunggu sehingga potongan 50% barulah dia membelinya. Tapi dia menjual baju itu kepada Suzi kerana tidak tahu bila untuk memakainya. Suzi pula memaksa Miah untuk memakai baju itu. Suzi membawa Miah pergi makan malam dengan kelab anak dara tua. Miah terkejut apabila melihat baju mereka cantik-cantik belaka. Suzi kerap melihat Miah termenung dan adakalanya memakai baju yang sama berulang kali. Miah mengaku menjadi mangsa kakak-kakaknya sehinggakan baju untuk ke tempat kerja pun tidak berganti. Dalam diam Suzi membantu Miah untuk mendapatkan satu lagi pejabat untuk Miah bekerja tanpa pengetahuan emaknya. Sempat satu kali Miah membaiki baju Suzi menjadi begitu cantik dan mendapat pujian ramai. Ramai kawan pejabat Suzi menghantar baju pada Miah untuk diperbaiki. Melalui wang itu Miah menghabiskan masa hujung minggu untuk belajar menjahit. Jamil pembantu pejabat suka membantu Miah. Jamil sanggup membelikan manik-manik untuk Miah. Tempahan semakin banyak. Akhirnya Suzi mencarikan kedai kecil untuk Miah dan mendahulukan wangnya untuk Miah membeli mesin jahit dan mesin sulam.

Tindakan Miah berhenti kerja untuk menumpukan perhatian pada bidang jahitan menyebabkan emaknya naik angin. Kedai jahit Miah makin berjaya dan dia mula berjinak-jinak untuk mereka fesyen artis. Hidup Miah bertambah kucar kacir apabila kakak-kakaknya gagal mendapat kerja dan bekerja dengannya. Mereka berlagak macam boss dan memandang rendah pada Jamil. Miah tidak dapat mengawal kakak-kakaknya yang banyak membuat janji kosong dengan pelanggan dan makan duit syarikat. Suzi memainkan peranan dan mengusir kakak-kakak Miah. Miah dimarahi emaknya dan ambil keputusan balik ke kampung tapi di marahi oleh Jamil. Mereka menukar nama syarikat dan pindah ke tempat lain. Nenek Miah menyarankan Jamil dan Miah berkahwin memandangkan hubungan mereka terlalu rapat. Suzi pula kecewa ditinggalkan bosnya yang sudah beristeri dan bertekad hanya akan menerima cinta seorang lelaki walaupun lelaki itu berpangkat rendah. Miah terkejut apabila mendapat tahu sebenarnya Jamil menyimpan perasaan pada Suzi. Walaupun sedih Miah berjanji akan menyiapkan baju pengantin untuk Suzi.

Ketika sedang bersedih Miah mendapat durian runtuh apabila seorang pereka fesyen yang terkenal masuk ke kedainya untuk membeli baju pengantin yang direka khas untuk Suzi. Miah enggan menjualnya. Pereka fesyen itu berasa teruja dengan kecantikan semulajadi Miah dan memilih koleksi pakaiannya untuk pertunjukkan fesyen.

Pelakon: Faezah Elai, Pierre Andre, Maimon Talib, Salina Saibi, Zarynn Min, Watie Elite, Datuk Jalaluddin Hassan, Rosnah Johari

Kredit:Budiey



 
Chatroom