Home » » Sinopsis Drama Jangan Bunuh Matahariku ,TV2,setiap Khamis 9.00-10.00pm

Sinopsis Drama Jangan Bunuh Matahariku ,TV2,setiap Khamis 9.00-10.00pm

Sinopsis Drama Bersiri Jangan Bunuh Matahariku di TV2

Suri, seorang gadis buta yang cantik juga berkerja di ladang Michael Days.Kemunculan pemuda bernama Rahas di kampung itu membuka hati Suri, tetapi dalam masa yang sama ia juga telah menimbulkan rasa cemburu pada Owen Days, anak sulung Michael Days. Keikhlasan lelaki misteri itu, membuatkan Suri percaya yang cinta itu wujud.


Keadaan menjadi kucar kacir apabila Rahas diancam oleh Amar, seorang pemuda yang berdendam dengan Michael Days dan memegang rahsia sejarah Rahas. Akhirnya Rahas terpaksa meninggalkan kampung apabila dia mula dikecam oleh orang kampung akibat perbuatan Amar.

Suri kecewa dan tertanya-tanya kehilangan Rahas. Akhirnya, untuk membetulkan
keadaan, bapa Suri bersetuju menerima pinangan Owen Days. Suri dan Owen Days disatukan.

Setelah 29 tahun kemudian, Suri dan Owen sudah mula menetap di bandar bersama anak angkat mereka, Raizam. Walaupun sudah berkeluarga, perwatakan Suri berubah sejak kehilangan Rahas. Dia tidak lagi seorang yang ceria, malahan kelihatan angkuh dan suka menyendiri.



Owen Days semakin uzur, akibat perbuatan Amar yang dipercayainya. Segala urusan pejabat Owen diambil alih oleh Raizam.

Takdir menentukan pertemuan Raizam dengan Cinta mengubah segala-galanya. Raizam mula menaruh hati pada Cinta dan hal ini membuatkan Amar resah, lebih-lebih lagi bila Amar mendapat tahu yang Cinta adalah anak kepada Rahas yang lari dari kampung dahulu.

Perhubungan Raizam dan Cinta telah menyatukan kembali hubungan Owen, Suri dan Rahas. Segala misteri 29 tahun dahulu terbongkar. Dan bagaimanakah kesudahan drama menarik ini?

------------------------------

Rita Rudaini menjadi gadis buta dalam drama rantaian 13 episod berjudul Jangan Bunuh Matahariku yang disiarkan di TV2, setiap Khamis 9.00-10.00pm.
Episod pertama drama ini sudah disiarkan 23 September lalu.

Rita sememangnya sinonim dengan watak gadis kampung mahu pun wanita bandar yang bekerjaya, tetapi sebagai gadis yang cacat penglihatan dalam Jangan Bunuh Matahariku dianggap sebagai kelainan dalam wataknya kali ini. Drama ini juga turut menampilkan Fizz Fairuz, Adzriefaiz Adzlan, Geofrey Willams, Wan Ilyas dan Almy Nadia menjayakan watak Suri menerusi dua latar kehidupan berbeza yang terpaksa dilaluinya selain dua perwatakan berlainan dalam drama yang sama.

Penceritaannya bermula dengan mengajak penonton kembali ke tahun 1980 di Cameron Highland apabila ramai penduduk kampung ketika itu berkerja dengan seorang pemilik ladang Inggeris bernama Michael Days.



 
Chatroom