Home » » 29 Februari Sinopsis - Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia

29 Februari Sinopsis - Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia

Sinopsis 29 Februari

Filem 29 Februari berkisar tentang kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Budi diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Babak 29 Februari

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.

Pelakon 29 Februari: Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin

Terbitan: KRU Studio

Pengarah: Edry Abdul Halim

Facebook rasmi 29 Februari: http://www.facebook.com/29februari

Trailer filem 29 Februari KRU





 
Chatroom