Home » » » Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan

Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan

Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan

* Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.

* Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.

* Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut dan kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air.

* Buah-buahan segar mestilah ranggup apabila dimakan.

* Sayur-sayuran jenis kekacang pelu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup apabila dipatahkan.

* Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.

* Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah bewarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.

Cara menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan

* Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.

* Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh,dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.

* Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.Elakkan menggunakn beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminya hilang.

* Buah-buahan seperti pisang jangan jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.

* Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik sahaja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.

* Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk dan jika perlu hendaklah disimpan di dalam bekas yang ada aliran udara (bakul rotan,beg tali)

- Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@







 
Chatroom