Tip kecantikan Ziana Zain
"Sebenarnya saya memang mengalami masalah untuk menurunkan berat badan sejak melahirkan anak yang pertama dahulu. Walaupun puas mencuba tetapi hasilnya tidak memuaskan. Alhamdulillah mungkin berkat anak dalam perut ketika saya mengandungkan anak kedua, saya telah dilamar untuk menjadi duta dan jurucakap SlimWorld bermula pada tahun 2004. Ketika itu kandungan saya baru mencecah tiga bulan apabila ditawarkan menjadi duta SlimWorld.
"Saya menganggap tawaran tersebut sebagai rezeki yang datang menggolek. Kata orang, pucuk dicita, ulam mendatang. Memang saya akui bahawa saya amat mementingkan soal kecantikan. Bayangkan ketika mengandung anak kedua, berat saya mencecah hingga 73 kg.
"Saya bersalin secara pembedahan sebab itu berat badan saya lambat turun. Keadaan ini merunsingkan saya apatah lagi saya pernah mengalami masalah ini ketika mengandung kali pertama.
"Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan pelangsingan di SlimWorld selama sebulan lebih, saya telah berjaya menurunkan berat badan sehingga hampir 30 kg.
"Dalam seminggu saya akan menjalani rawatan pelangsingan sebanyak tiga kali sehinggalah saya berjaya mendapatkan berat badan asal. "
Bagaimanapun Ziana menasihatkan anda berbarut dan makan jamu kerana ia akan menguatkan kembali kesihatan dalaman. Kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, selepas habis pantang elok kalau mereka mencuba rawatan pelangsingan kerana walaupun selepas bersalin, lemak masih ada dalam badan anda.
Sebelum lemak menjadi keras, ada baiknya anda menurunkan berat badan secepat mungkin kerana jika tidak, agak sukar untuk anda mendapatkan kembali berat badan asal.
"Saya tidak mengambil sebarang ubat untuk menurunkan berat badan kerana bimbang kesan sampingan. Tapi yang paling penting ketika berpantang, kita mestilah menjaga pemakanan. Ketika mengikut proses pelangsingan ini, pemakanan saya turut dipantau. Saya hanya makan makanan yang rendah karbohidrat, ambil gula perang dan minum susu rendah lemak tetapi tinggi kalsium.
"Biasanya pada waktu pagi, saya makan roti yang disapukan dengan jem rendah karbohidrat (jem untuk pesakit kencing manis). Selain itu saya juga mengambil salad. Untuk 10 hari pertama, saya tak makan nasi. Selepas 10 hari barulah saya makan nasi. Itu pun hanya dalam mangkuk kecil.
"Saya tidak menggunakan beras putih sebaliknya beras perang. Nasi itu saya makan bersama sayur-sayuran yang direbus atau dikukus dan ikan yang direbus atau dikukus. Walaupun nampak macam `terseksa' tetapi untuk kekal cantik, kenalah disiplin barulah hasilnya menjadi.
"Selepas mendapat kembali berat badan asal, jangan lupa pula untuk mengekalkan berat badan. Selalunya saya suka makan mihun sebab saya tidak mangambil nasi. Selain itu saya juga mengelakkan makan mi kuning. Biasanya kalau saya lapar, saya akan makan buah-buahan. Kawal pemakanan anda terutama pengambilan nasi. Kita mesti slim tetapi tetap sihat,'' jelas Ziana.
"Saya selalu ingat pesan ayah, kita jangan kejar tua, biar tua mengejar kita. Di samping itu, sentiasa tanya diri, nak cantik ke tak? Kalau nak cantik, perlu ada disiplin dan patuh arahan diet!," kata Ziana.