Daripada XXXL ke SAIZ S
Satu ketika dulu berat badannya pernah mencecah 130 kilogram (kg). Dengan ketinggian 165 sentimeter sudah tentu ia tidak sepadan dengan penampilan Shahfazreen Shahruddin, 25, sehinggakan ia menyukarkan pergerakan anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini.
Dia pernah cuba untuk menguruskan badan namun hanya hangat-hangat tahi ayam dan selepas itu tabiat makannya beralih seperti biasa; dua pinggan nasi, lauk yang pelbagai, makanan segera dan ringan tanpa mengira waktu diikuti minuman berkarbonat dan manis.
Apa yang melemahkan semangat Shahfazreen untuk mengurangkan berat badan apabila kebanyakan diet yang dicadangkan meminta supaya dia tidak makan nasi serta beberapa makanan kegemaran yang lain.
"Sudah tentu ini sangat merugikan kerana saya seorang yang suka makan. Sebab itu kebanyakan diet tidak berjaya kerana keinginan untuk makan mengatasi segalanya. Kemuncak saya bertekad untuk kurus apabila tahap kesihatan semakin merosot dan hampir mendapat kencing manis dan darah tinggi.
"Di universiti pula jadual pengajian yang terlalu padat menyebabkan saya cepat penat. Ini kerana saya perlu berjalan ke kelas serta naik dan turun tangga setiap hari," katanya.
Ketika melayari Internet untuk mendapatkan panduan mengenai makanan seimbang, dia terjumpa blog yang memaparkan pengalaman pemilik yang kurus tanpa mengambil ubat dan bersenam. Panduan yang diberi begitu menarik perhatian Shahfazreen kerana ia langsung tidak menyekat keinginan untuk makan sebaliknya mengajar untuk mengawal emosi sebelum makan.
Dia yang ketika itu sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir bersama isterinya Nurul Ain Abdul Karim, 25, turut menerima reaksi yang kurang menyenangkan apabila kebanyakan kawan lama yang bertemu dengannya melontarkan sindiran yang dia semakin besar selepas berkahwin.
"Mulanya saya tidak ambil kisah namun kerana terlalu ramai yang mengatakan begitu, saya sedar perlu melakukan sesuatu. Isteri memberikan sokongan sepenuhnya kerana sebelum ini dia hanya menurut kehendak saya dan sering menemani saya makan di restoran makanan segera," katanya yang pernah mengalami kenaikan berat yang drastik iaitu 20 kilogram dalam masa dua bulan.
Oleh kerana sudah menetapkan tekad mahu kurus tanpa berlapar, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Bahasa Arab ini tetap makan enam kali sehari iaitu tiga hidangan utama pada waktu pagi, tengah hari dan malam serta snek di antara waktu makan.
"Untuk menu utama saya tetap mengambil nasi namun hanya satu hingga dua sudu saja, selebihnya protein seperti ikan, ayam atau daging dan melebihkan sayur-sayuran manakala untuk snek hanya buah-buahan.
"Tiga bulan pertama memang perubahan tidak begitu ketara. Ramai yang tidak perasan berat saya turun sehinggakan ada yang memanggil dengan gelaran `Shah Cansel' kerana beranggapan saya tidak konsisten dalam berdiet. Timbul juga rasa kecewa dan ingin mengalah kerana berasa usaha saya tidak berbaloi. Namun isteri menenangkan saya dan memberikan semangat supaya saya teruskan diet yang sudah dirancang tetapi melebihkan kepada aktiviti fizikal," ujarnya.
UBAH CORAK PEMAKANAN
Terpengaruh dengan kata-kata isteri, perkara pertama dilakukan Shahfazreen adalah mengubah corak pemakanan.
Jika sebelum ini dia langsung tidak mengambil air putih kini cecair itu mula menjadi minuman hariannya. Perubahan pertama ini menyebabkan dia muntah kerana rasa air begitu berbeza berbanding minuman manis yang sering diambilnya.
Namun keadaan ini tidak lama sebelum tubuh dapat disesuaikan dan dia mampu minum tiga hingga empat liter sehari.
Oleh kerana berat yang tidak sesuai untuk menjalani latihan di gimnasium ini membuatkan Shahfazreen hanya berjoging dan berjalan. Namun dia mencari aktiviti yang membuatkan badan kembali aktif seperti menggunakan tangga berbanding lif, membeli barang dapur, berjalan laju serta berjoging tiga kali seminggu yang dilakukan secara konsisten untuk tiga bulan.
Setiap pagi dia mengambil masa 15 minit berjoging selebihnya melakukan regangan dan latihan kekuatan seperti tekan tubi supaya tubuh kekal cergas dan kuat. Sedikit demi sedikit berat badan mulai menurun sehingga membolehkan dia menjalani senaman di gimnasium.
"Enam bulan pertama saya berjaya menurunkan berat badan sehingga mencecah 65 kilogram. Rakan-rakan dan keluarga terkejut dengan perubahan ketara dan bertanya apa makanan kesihatan yang saya ambil. Saya pula menjadi lebih yakin dengan penampilan terkini.
"Jika dulu saya memakai ukuran baju XXXL tetapi dengan berat terkini saya sudah mampu mengenakan kemeja-T bersaiz S dan M. Perkembangan ini sudah tentu menggembirakan isteri," katanya yang langsung tidak mengambil sebarang makanan tambahan.
Menurut Shahfazreen, penurunan berat badan ini menyebabkan dia lebih memahami keperluan nutrisi tubuh.
Apa yang penting dan perlu diberi penekanan adalah cergas, kekal sihat dan bertenaga. Berpandukan misi ini, apa juga dilakukan sama ada senaman atau pemakanan menjurus kepada matlamat itu.
Sekembalinya ke Malaysia pada Januari 2013, Shahfazreen tekad mendalami bidang kecergasan dengan menyertai beberapa latihan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran seperti Kursus Asas Jurulatih Kecergasan, Jurulatih Peribadi anjuran Pertubuhan Kebangsaan Kejurulatihan Kecergasan Malaysia serta Pakar Penurunan Berat Badan anjuran Fit Malaysia.
Dia juga terbabit sebagai jurulatih untuk program Jom Kurus 1Malaysia anjuran penasihat kecergasan Kevin Zahri.
"Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab, saya tidak menyesal bertukar kepada bidang kecergasan memandangkan dalam Islam turut memberi penekanan terhadap kesihatan.
"Nabi Muhammad sendiri adalah ahli gusti dan semestinya Baginda sentiasa bersenam setiap hari. Selain itu banyak pemakanan sunnah boleh diikuti bagi membolehkan tubuh kekal sihat dan melakukan ibadat dengan sempurna. Bayangkan ketika obes dulu saya sukar melakukan pergerakan dalam solat terutama ketika duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir. Jadi dengan mendalami ilmu kecergasan diharap saya dapat mendidik orang ramai untuk menjaga kesihatan sekali gus mengelak obesiti," katanya.
Jelasnya, dengan apa yang dilalui kini untuk menurunkan berat badan sebenarnya tidak memerlukan duit yang banyak, apa yang penting adalah ilmu serta menjaga kualiti pemakanan dan bukannya kuantiti.
"Rakyat Malaysia juga harus sedar maklumat atau panduan yang diberikan menerusi jurnal atau Internet tidak semuanya bersesuaian dengan iklim, persekitaran serta norma masyarakat Malaysia. Ini kerana di Barat seperti Amerika Syarikat, kadar obesiti juga amat tinggi ini menunjukkan mereka juga tetap mengalami masalah sama walaupun sudah memperkenalkan pelbagai jenis diet serta panduan pemakanan seimbang," ujarnya yang berhajat ingin menaikkan berat badan kepada 70 kilogram bersesuaian dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI).