Home » » Tips Jadi Tinggi Secara Semulajadi

Tips Jadi Tinggi Secara Semulajadi

Tips Jadi Tinggi Secara Semulajadi

BAGAIMANA JADI TINGGI SECARA SEMULA JADI

Ramai  yang inginkan ketinggian ideal terutamanya golongan lelaki. Tidak semua mampu jadi tinggi kerana genetik anda yang sememangnya mempunyai ketinggian tidak seberapa. Namun bagi mereka yang ada potensi menambahkan ketinggian, ada beberapa cara boleh anda lakukan.

Amalkan pemakanan seimbang

Dapatkan lebih banyak protein untuk badan. Misalnya anda perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan atau ayam yang membantu menguatkan tulang dan otot. Selain itu, banyakkan pengambilan kalsium dalam susu atau bijirin. Jangan lupa hidangkan susu setiap pagi sebelum ke kolej ataupun sekolah. Pemakanan seimbang boleh membantu anda jadi lebih tinggi dan sihat.

Lakukan senaman sepanjang usia remaja

Getting Taller

Pada usia remaja inilah anda perlu aktif lakukan aktiviti sukan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana kadar tumbesaran amat cepat pada peringkat ini. Cuba biasakan diri anda pergi ke gimnasium dan lakukan beberapa senaman secara kerap. Jika ia membebankan atau anda tidak digemari maka anda perlu sekurang kurangnya lakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit kerana aktiviti ini dapat meningkatkan ketinggian anda secara semula jadi.

Dapatkan tidur yang cukup setiap malam

Tidur adalah masa badan anda membesar, oleh itu tidur yang cukup perlu bagi memberikan masa kepada badan untuk membesar. Dapatkan tidur selama 9 jam hingga 11 jam setiap hari jika anda berusia di bawah 20 tahun. Hormon tumbesaran dihasilkan ketika waktu tidur. Oleh itu, tidur yang cukup dapat mempengaruhi kadar penghasilan hormon ini.

Cuba untuk tidak mencacatkan tumbesaran

Banyak saja cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian, namun anda perlu ingat bahawa alkohol dan dadah juga boleh mencacatkan kadar ketinggian anda terutamanya pada waktu remaja. Mengikut kajian saintifik, pengambilan steroid juga boleh mengganggu kadar tumbesaran. Remaja lelaki yang inginkan bentuk badan lebih menarik tidak perlu ambil steroid kerana ia hanya akan memberikan kesan lebih buruk.

Jumpa doktor pakar

Jika anda lahir dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang ideal dan anda tidak pula tinggi maka anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor. Apabila anda sudah mendapat tidur yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang tapi kadar ketinggian tidak meningkat, anda perlu bertanyakan doktor apakah sebabnya dan cuba ikut apa yang doktor sarankan.



 
Chatroom