Home » » Rehat sekejap tingkat produktiviti

Rehat sekejap tingkat produktiviti

Rehat sekejap tingkat produktiviti

Adakah anda tahu dianggarkan sembilan peratus daripada golongan profesional di negara ini mengaku mereka turut bekerja antara satu hingga tiga jam ketika bercuti?

Selain itu, dianggarkan satu pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini turut menggunakan lebih 11 jam daripada waktu harian mereka untuk menyelesaikan urusan di kerja pejabat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini turut mendapati lebih 91 peratus golongan pekerja membaca e-mel berkaitan kerja ketika mereka bercuti.

Lebih memburukkan keadaan, 80 peratus daripada pekerja di negara ini juga sentiasa memastikan telefon bimbit mereka sentiasa tersedia untuk membolehkan majikan menghubungi meskipun ketika berada di luar kawasan menghabiskan cuti tahunan.

Membawa pulang bebanan kerja dari pejabat ke rumah bukan sesuatu yang ideal untuk diamalkan namun ramai yang terpaksa melakukannya.

Kerja melebihi masa sepatutnya bukan satu amalan yang bagus untuk kesihatan terutama bagi mereka yang mengabaikan waktu rehat semata-mata untuk menyiapkan kerja.

Amalan berkenaan jika dibiarkan lama kelamaan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang.

Menyedari keperluan berkenaan, jenama coklat terkenal, Kit Kat memperkenalkan Kit Kat Chungky's Big Drive bagi mendidik masyarakat di negara ini keperluan berehat untuk kebaikan jangka masa panjang.

Ini kerana banyak kajian mendapati rehat sekejap sebelum menyambung sesuatu urusan di waktu kerja dapat membantu meningkatkan produktiviti selain menyumbang banyak manfaat untuk kesihatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kit Kat Chunky's Big Break Drive, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia.



 
Chatroom