Home » » Tips Bercuti/Melancong/Mengembara Destinasi Pilihan

Tips Bercuti/Melancong/Mengembara Destinasi Pilihan

Tips Bercuti/Melancong/Mengembara Destinasi Pilihan

Percutian yang dirancang memberikan pengalaman menyeronokkan, sebaliknya perjalanan secara tergesa-gesa menimbulkan suasana kelam-kabut.

Sebelum menjejakkan kaki ke destinasi pilihan, pastikan anda menyemak senarai barangan yang perlu dibawa dan pastikan tidak tercicir. Senaraikan barangan penting bagi memastikan pengembaraan berjalan lancar.

Jadual perjalanan

Buat catatan perancangan aktiviti setiap hari, termasuk menyertakan nama, alamat dan nombor telefon hotel penginapan. Jika merancang menjelajah dengan kereta, selitkan alamat dan koordinat tempat bakal dikunjungi.

Rancang perjalanan pada waktu siang bagi memudahkan anda melihat tanda jalan dengan jelas. Kaji keadaan laluan yang akan anda tempuhi.

Senarai wajib dipatuhi

Pastikan anda membawa bersama dokumen dan barangan penting seperti berikut;

- Pasport - semak tarikh luputnya, sebaikbaiknya dua bulan sebelum melancong.

- Visa bagi negara yang menetapkan syarat ? Mengambil suntikan vaksin sebagaimana disarankan.

- Salinan tempahan hotel yang mengatakan tempahan sah dibuat.

- Salinan atau tiket kapal terbang.

- Insurans perjalanan dihidupkan.

- Lesen memandu antarabangsa bagi yang merancang memandu sepanjang percutian.

- Kadar tukaran wang asing membabitkan tunai, cek kembara dan kad kredit, selain sejumlah wang untuk kecemasan misalnya bagi melunaskan bayaran cukai lapangan terbang, tambahan perbelanjaan bayaran tambang, tiket serta kos penginapan.

- Kunci rumah dan kereta. Kunci yang tidak perlu, tinggalkan di rumah.

- Tangguhkan langganan surat khabar dan surat-menyurat supaya tiada siapa mengesyaki anda tidak ada di rumah.

- Tutup semua komputer, modem kelengkapan elektrik dan pili air.

- Bersihkan peti sejuk dengan membuang stok makanan yang hampir tiba tarikh luput

- Minta jasa baik jiran menyiram tanaman dan menjaga haiwan peliharaan anda.

- Elak menyimpan dokumen perjalanan dan wang di dalam bagasi yang bakal ditinggalkan di hotel, sebaliknya letak di dalam beg galas yang selalu anda bawa.

- Pastikan bagasi dilengkapi tag dengan nama penuh, alamat dan nombor untuk dihubungi.

- Ikat riben berwarna terang di bagasi supaya lebih mudah anda mengecamnya.

Barang peribadi

- Kemeja-T santai, kemeja, seluar, baju panas, kot musim sejuk (jika melancong pada musim salji), selendang leher dan topi.

- Baju hujan dan payung bagi persediaan cuaca tidak dijangka.

- Stokin dan pakaian dalam.

- Kelengkapan mandian dan kosmetik.

- Berus gigi, ubat gigi dan pengetip kuku.

- Kamera bersama bateri dan alat pengecaj, lampu suluh kecil, jam penggera dan pengering rambut.

- Tuala, baju mandi dan krim pelindung matahari.

- Selipar.

- Beg tidur bagi merancang berkhemah di kawasan hutan dan pantai.

- Telefon genggam berserta alat pengecaj

- Buku kecil mengandungi senarai nombor telefon penting dan kecemasan sebagai persediaan jika telefon hilang atau kehabisan bateri.

Bekalan ubat, alat bantuan kecemasan

- Pil aspirin dan analgesik.

- Ubatan sesuai untuk memulihkan selesema dan demam.

- Penyembur antiseptik.

- Krim menghalau nyamuk dan melegakan kegatalan akibat gigitan serangga.

- Pil mencegah muntah.

- Bagi mereka yang perlu mengambil pil untuk penyakit tertentu, pastikan ubat-ubatan itu tidak ditinggalkan.

Makanan

- Vitamin dan makanan tambahan.

- Makanan dalam tin bersama pembuka tin, namun tidak digalakkan membawa buah-buahan dan makanan tidak disteril, misalnya sosej kering kerana ada negara yang melarang keras dibawa masuk.



 
Chatroom