Home » » » Fakta Tentang Rambut

Fakta Tentang Rambut

Rambut penduduk di Asia berbeza dengan rambut mereka yang tinggal di Barat. Jadi keperluan rambut juga berbeza.

Bagi mereka yang tinggal di negara panas seperti Malaysia dinasihatkan supaya mencuci rambut setiap hari kerana rambut mudah berminyak.

Ramai yang tidak tahu fungsi syampu dan perapi. Syampu digunakan bagi membersihkan kulit kepala, manakala perapi bagi melembutkan rambut.

Terdapat 46 punca keguguran rambut. Tetapi yang paling utama ialah perubahan hormon, pemakanan dan pengambilan ubat yang menjejaskan folikel rambut.

Makanan ringan adalah punca keguguran rambut.

Bagi wanita yang menopaus, mereka kehilangan estrogen. Ini menyebabkan keguguran rambut lebih cepat.

Elakkan menyikat rambut dengan kerap. Kekerapan menyikat rambut boleh merosakkan folikel rambut, jadi sikatlah rambut anda dengan tujuan memastikan ia tampak kemas dan tersusun.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom