PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.
Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.
Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.
Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.
Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.
Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.
1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.
2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.
3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.
4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.
5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.
6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.
7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)
8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.
Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.
Ambil 11 jenis vitamin sehari
“Saya memang mengambil makanan tambahan. Sejak kecil saya sudah makan jamu, sebab emak saya buat jamu. Ia sangat penting untuk menjaga kecergasan dan kesihatan kita sebagai wanita. Selain jamu, saya amalkan memakan pelbagai lagi multivitamin. Setiap hari tidak kurang 11 jenis vitamin yang saya ambil. Saya lakukan ini untuk penjagaan kesihatan dan kecergasan tentunya. Apatah lagi saya ini berhadapan dengan masalah kulit sensitif.
“Sebenarnya pada saya, pengambilan makanan tambahan sangat perlu, wajib kerana cara hidup kita hari-hari. Di mana-mana di sekitar kita berlakunya pencemaran. Begitu juga pengambilan makanan kita yang dipenuhi bahan perasa dan bahan kimia. Semua ini penyumbang kepada penyakit. Tubuh kita perlu nyahkan semua toksik ini.
“Kita mungkin tidak berasa kesan pengambilan bahan-bahan begitu sekarang. Tetapi kita akan merasainya selepas beberapa tahun. Kita akan berhadapan dengan barah misalnya. Walaupun kita mengamalkan gaya pemakanan sihat, tetapi kerana tuntutan kerjaya, kita tidak boleh memenuhi jadual pemakanan itu. Di sinilah pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan,” - Betty Benafe, Pelakon
Ambil klorofil untuk cergas
“ Saya ni dah kurus takkanlah ambil makanan tambahan yang nak kurus, tapi saya ambil makanan tambahan yang namanya klorofil. Saya rasa perlu untuk ambil kerana sebagai penyanyi, kadangkala saya tidak cukup rehat sedangkan saya perlu cergas. Saya tahu mengenai klorofil ini dari kawan-kawan. Dulu saya makan jamu, tapi tak tahan sebab panas. Bila kawan cadangkan klorofil, saya ambil dan alhamdulillah setakat ini saya rasa ok. Kulit saya juga oklah berbanding dulu. Pengambilan makanan tambahan pun hampir semua orang ambil dan saya tidak terkecuali. Saya mesti sentiasa sihat dan cergas, kalau tidak macam mana hendak berkerja. Setakat ini sudah dua tahun saya mengamalkannya dan alhamdulillah. Lain-lain makanan tambahan belum lagi, hanya klorofil setakat ini,” - Azharina Azhar, Penyanyi
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
6 Komen:
akak boleh tambah lagi x artikel tentang kesihatan
salam
info tambahan
memang kalau kita ikut piramid makanan dan amalkan makanan yang seimbang kita tidak perlu ambil makanan tambahan. tapi dalam masa 4-5 tahun ini saya saya ada terbaca tentang radikal bebas. radikal bebas ialah suatu atom relatif yang tidak stabil yang elektronnya tidak berpasangan (1 atau lebih) di bahagian luar orbitnya. okay ini memerlukan penerangan yang lebar, tapi saya ringkaskan =)
radikal bebas boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes, strok, barah, darah tinggi dan sebagainya dan hampir kesemua penyakit yang tercatat disebabkan radikal bebas (kajian saintis baru-baru ini kalau tak percaya boleh google heee). okay apa yang menyebabkan radikal bebas terjadi. faktor terjadi radikal bebas contoh, asap rokok, uv ray, pencemaran udara, pemakanan yang mempunyai pengawet kimia, dan sebagainya. maksudnya kita tidak dapat elak radikal bebas in fact setelah dikaji badan kita diserang lebih daripada 40,000 jenis radikal bebas setiap hari. dan inilah antara faktor mengapa banyak pesakit barah yang umurnya makin menurun sedangkan pada setengah abad yang lalu ia hanya dihidap oleh orang pertengahan umur. dan bagi saya pengambilan supplement tidak perlu jika kita tidak diserang radikal bebas! tetapi sebaliknya. dan banyak pakar kesihatan menyarankan kita mengambil produk anti oksida yang mempunya ORAC score yang tinggi. saya ada buat sikit review pasal ORAC score sbb saya kena buat thesis untuk subjek ini. klik url ni http://bit.ly/rNPvlg untuk lebih info, nnt panjang2 marah pula owner blog
:P
yela 2
iskandar ckp...die gemuk..bdn sasa...mcm mne nk wt kak,,,??
adakah susu boleh diminum bersamamadu lebah?
adakah susu boleh diminum bersamamadu lebah?
Catat Ulasan