TIP NO. 1 :
Ingat bila makan baca kalimah "bismillah" disusuli doa supaya makanan yang dimakan akan menjadi berkat dan menyihatkan badan supaya kita dapat beribadah menjalankan tanggungjawab terhadap tuhan, diri, keluarga & masyarakat. Nikmat kesihatan adalah nikmat kedua selepas nikmat Islam. Makan kerana Allah s.w.t. insyallah berkat.
TIP NO. 2 :
Ingat bahawa tayar spare yang terkumpul di sekeliling perut adalah sebenarnya adalah makanan dari harta orang miskin yang kita telah termakan. Banyaklah bersedekah.......
TIP NO. 3 :
Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bila makan. Sila rujuk uku2 sunnah rasullallah s.a.w.
TIP NO. 4 :
Makan ikut keperluan kalori. Waktu malam jangan makan benda berat2. Malam nak guna tenaga apa...nak tidox saja..
TIP NO. 5 :
Cuba list down senarai makanan kegemaran kita. Check nilai kalori dan kandungan kolestrolnya dari laman web NutriWeb.com
Persatuan Pemakanan Malaysia.
TIP NO 6 :
Cuba seboleh-bolehnya bersenam paling minimum 3 kali seminggu. Sekali 30 minit. Dan harus berpeluh. Bakar lemak & kalori yang tak digunakan. Bersenam adalah WAJIB. Dapatkan nasihat doktor sblm bersenam.
TIP NO 7 :
Kurangkan lemak, gula, garam & kandungan kolestrol dalam menu pemakanan harian. Ingat Piramid Makanan.
TIP NO 8 :
Kalau tak sempat nak cari masa bersenam. Cuba gunakan masa terluang untuk kemas2 rumah, basuh kereta sendiri, naik tangga bukan naik lif di pejabat, parking kereta jauh2 dan berjalan jauh sikit ke ofis. Aku dah praktik benda ni...menakjubkan hasilnya.
TIP NO 9 :
Awas lemak tersembunyi di dalam cucox tradisional seperti cucox badak (ada nyiox ~ lemak tepu), cookies (tinggi kandungan lemak menteganya), roti canai (kalori tinggi yang tersembunyi). gulai santan dan lain2.
TIP NO 10 :
Seorang doktor cakap kat saya, protein terbaik dunia adalah protein daripada kacang soya. Tukarkan pergantungan protein daripada sumber berasaskan haiwan ke protein kacang soya spt. tauhu, tempe dll. Makan dengan bijak.
TIP NO 11 :
Awas dengan junk food. Twisties (garam tinggi) , gula2 (gula tinggi), cookies (mentega). Biskut Jacob adalah biskut yang terbaik dari segi keseimbangan nutrisi. Tinggalkannya....haramkannya
TIP NO 12 :
Cuba berjinak-jinak dengan kepelbagaian sayox dan buah-buahan. Sumber serat yang tinggi ini adalah back-bone untuk mengurangkan peratusan kolestrol/lemak dalam darah yang berisiko untuk orang obes.
TIP NO 13 :
Cuba kumpulkan artikel2 kesihatan dan hal ehwal permakanan
sihat daripada akhbar2, majalah dan risalah kementerian kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan pemakanan bijak.
TIP NO 14 :
Cuba hindari minuman manis yang mempunyai warna, minuman bergas dan minuman sejuk berais batu. Minum air suam dengan kadar 8 gelas sehari.
TIP NO 15 :
Jika anda mengamalkan Tip No 12. Kesannya adalah anda akan ke tandas lebih kurang 2-3 kali sehari. Tanda sistem pencernaan cekap dan kentut selalu tanda badan sihat.
TIP NO 16 :
Pergi berjumpa professional untuk mengenalpasti status kesihatan seperti ujian tekanan darah, BMI, ujian kolestrol darah dan lain-lain parameter jika perlu.
TIP NO 17 :
Jangan sekali-kali bergantung pada pil2 menguruskan badan yang kononnya "miracle" sangat yang meletup di pasaran.
Pengalaman saya yang menggunakan product seperti ni telah menyebabkan saya mengalami kecederaan yang hampir2 serius pada bahagian hati. Sehingga sekarang saya masih menjalani terapi perubatan untuk masalah ini. Habbatus-Sauda adalah suatu sumber yang Nabi Muhammad s.a.w. guna untuk berubat. Saya menggunakan ini, alhamdullillah perkembangannya amat memberansangkan.Guna yang tulen.
TIP NO 18 :
Amalkan menjilat madu lebah asli pada awal pagi (sebelum subuh) dan awal malam. Paling baik dibacakan selawat syifa+doa-doa penawar dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Minta doa kepada Allah s.w.t. supaya badan sihat utk beribadah dan mencari rezeki dll.
TIP NO 19 :
Anda seharusnya berwaspada jika anda selalu bergantung makan pada makanan yang dibeli kerana makanan yang kita pilih dan beli yang di luar biasanya makanan yang kita rasa sedap.
Biasanya peniaga akan membuboh Ajinomoto, Perasa terlebih dos dalam makanan. Begitu juga minyak dan garam. Juga gula.
Boleh makan luar tapi pilih yang natural. Seperti Ulam2 dan ikan bakar. Hindari makanan berminyak, berkicap, bersantan.
TIP NO 20 :
Berbaiklah dengan Doktor, Ahli Farmasi, Pakar Pemakanan, org-org yang diberi ilmu tentang tabiat permakanan sihat dan kecergasan diri. Kita memerlukan bantuan teknikal & khidmat professional mereka dalam peperangan ini. Catatkan idea mereka.
TIP NO 21 :
Menjaga kesihatan pergigian dengan baik. Makanan mudah dicernakan jika ianya dikunyah dengan selumat-lumatnya. Perut kita tidak terlalu terseksa utk mencernakan ketul2 makanan yang dimakan. Lagipun ini akan membantu kita menikmati kelazatan rezeki makanan yang Allah s.w.t. kurniakan. Syukur Alhamdullilah.
Hikmahnya : Makanan yang sedikit jika diamalkan kunyah dengan betul, kita akan cepat kenyang. Globul makanan yang lumat memberikan JUMLAH LUAS PERMUKAAN bagi makanan yang ditelan itu. Tenaga yang maksimum dapat dijanakan daripada nilai kalori makanan itu walaupun kuantiti makanan kecil. Inilah yang dinamakan makan dengan bijak.
TIP NO 22 :
Cuba berpuasa sunnat Isnin Khamis. Awas...Puasa sunnat lillahitaala...KERANA ALLAH TAALA bukan untuk nak kurus. Manakala hikmah daripada amalan berpuasa tu salah satunya adalah kita akan kurus jugek. Badan pun sihat.
TIP NO 23 :
"Perut yang boroi adalah sarang penyakit" .
TIP NO 24:
Anda sebenarnya bukan dilahirkan untuk menjadi obes. Bahkan kita pernah melalui titik di mana tahap kecergasan yang maksimum (fit), BMI normal, lulus BFS (Body Fat Screening).
Obes ni adalah daripada tabiat pemakanan yang gilababylon dan tak mengikut nilai nutrisi yang seimbang. Ubah gaya pemakanan anda.
TIP NO 25:
Orang Asia banyak penyakit kronik kerana TERLALU BANYAK makan karborhidrat. Pagi nasi lemak, tgh nasik, malam nasik lagi.
TIP NO 26:
Bila masak makanan bergoreng di rumah jangan guna minyak "recycle" yang sampai hitam warnanya. Lebih baik elak makanan bergoreng. Kalau nak goreng jugek...cuba-cuba belajar menumis dengan menggunakan minyak zaitun. Mahal beb....Tapi khasiatnya terlalu banyak dan sedang dijurnalkan manfaatnya dengan banyak di Eropah.
TIP NO 27:
Tinggalkan merokok. Orang lelaki sensitif sikit bab ni. Jika anda sedang merokok anda sedang mengotorkan paru-paru anda.
Cerita motivasi berhenti merokok. Hasil pemerhatiannya kajian Dr. Fadzillah Kamsah. Orang yang merokok payah nak mengucap waktu nak mati nanti. Ustaz Ismail Kamus adalah ulama yang menentang keras-sekerasnya amalan merokok. Allah s.w.t. dah kurniakan pada kita paru-paru dan badan yang sihat wal'afiat tetapi kita merosakkannya dengan bahan kimia pembunuh dari rokok. Kita telah merosakkan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan.
Sebenarnya adalah hak individu anda untuk memulakan peperangan ini atau tidak. Walaupun anda seorang yang kurus jika anda tidak mengawal pemakanan anda akan obes jugak. Jika anda orang obes dan gagal mengawal tabiat pemakanan yang kurang menyihatkan, anda sebenarnya berada pada status kesihatan yang AMAT MEMBAHAYAKAN. Jika anda merokok...AMAT-AMAT MEMBAHAYAKAN.
TIP NO 28:
Selain daripada berkawan dengan professional dalam bidang perubatan, pharmacist & pakar sains permakanan dan kecergasan diri. Kita hendaklah mengambil tahu apa itu maksud perkataan yang bombastik dalam permasalahan kesihatan seperti
KOLESTROL HDL, KOLESTROL LDL, TRIGLISERIDE, HOMOSISTENA,
ANTI-OKSIDAN, Co-Enzim Q-10 sedikit demi sedikit mendalami maksudnya. Lama-lama secara tak langsung anda boleh belajar memahami anatomi fizikal badan anda sendiri walaupun tak semahir Doktor Perubatan. Ada faedahnya....Daripada dok baca majalah Mangga, Hai, URTV yang kurang meyumbang pada perkembangan minda.
TIP NO 29 :
Masakan secara rebusan, panggang & microwave (walaupun sedang diperdebatkan) LEBIH BAIK daripada masakan bergoreng berminyak-minyak.
TIP NO 30 :
Jangan selalu pergi ke KFC, McD, Pizza Hut. Semua makanan tu "heavy metal" punya makanan. AWAS: Jika anda sedang memulakan peperangan ini dan saya mengenali anda, saya akan cuba memancitkan tayar kereta anda sewaktu anda berbaris membeli makanan di laluan DRIVE-THRU kat KFC.
TIP NO 31 :
Jika rumah anda tak dak tanah untuk berkebun. Anda terlalu sibok nak jaga anak kecik kat rumah. Waktu ni...alat kecergasan fizikal statik spt. dlm smart shop adalah benda yang wajib utk anda.Nak diharapkan anda pakai kasut sport keluar berjogging awal pagi...huh..kirim salam. Beli satu....Beli jangan tak beli. Anda sebenarnya boleh mengumpul duit sebanyak dua-tiga-pat ratus jika anda kurangkan membeli makanan fast-food yang mahal2.
TIP NO 32:
Bawa bekal ke pejabat. Jangan malu....Saya dah buat ni dengan penuh disiplin walaupun kawan-kawan melayu pandang pelik kat saya. Korang tahu aku biasa jumpa seorang jutawan cina yang umur 60 tahun lebih tapi nampak muda dan sihat tuanpunya kilang padi bawa bekal makanan ke pejabat dalam mangkuk bertingkat. Biasanya saya bawa sandwich bersalad, 3 biji buah zaitun, sebiji buah tin & sepotong buah-buahan tempatan & air mineral. Nak malu apa...Anda tak akan hilang hidung anda jika anda bawa bekal.
Buah Tin (Antara buah yang disebutkan dalam Al-Q). Bukan buah dalam Tin.
TIP NO 33 :
Ingat buah-buahan tempatan seperti betik, pisang adalah lebih baik daripada buah epal, lai yang di import. Buah-buahan import ada chemical pengawet tambah2 buah dari Thailand. Ini satu isu jugak. Makan pisang & betik. Lagipun Vitamin C pun banyak dalam buah-buah ni.
TIP NO 34:
Jika anda sedang lapar pada waktu malam, maklumlah orang obes nak diet jangan teringatkan nak makan macam2 spt. burger, mee goreng mamak, nasik goreng, roti canai. Sebaliknya
makan Quaker Oat campox dengan milo-kosong (tanpa gula) + sedikit air. Menu ni sangat-sangat baik untuk sarapan pagi. Serat tinggi yang bertenaga.
TIP NO 35:
Jangan duduk depan PC lebih 45 minit secara berterusan dalam sesuatu masa. Jalan2 kat luar menyedut O2. Senaman lompat2 sikit2. Ianya gaya kehidupan pasif yang amat-amat MEMBAHAYAKAN mental & fizikal jika diamalkan secara berterusan selama beberapa tahun.
TIP NO 36:
Hasil pemerhatian saya yang belum dijurnalkan, hampir 85% drama melayu MESTI ada slot makan nasi & minum teh tarik kat warung. Jarang sekali ada slot waktu dok tengah senaman. Ini yang buat kita lapax waktu malam sebab kekadang terpengaruh jugak dengan slot ni.
TIP NO 37:
Jika anda bersarapan pagi secara routine nasi lemak, roti canai, teh tarik berbuih-buih power punya. Kemudian anda merokok.
Awas : Anda menjerumuskan diri anda dalam keadaan sangat-sangat bahaya.
TIP NO 38:
Jangan penuhkan almari dapur & peti ais dalam rumah anda dengan BEGITU BANYAK STOK makanan tidak berkhasiat seperti ais krim, pizza, maggi dan lain-lain makanan yang ada bahan pengawet.Pasti anda yang obes tu akan menghabiskannya. I'm very-very sure.
TIP NO 39:
Belajar-belajarlah untuk membaca label nutritional contents sewaktu membeli barang di supermarkat, kedai runcit dll.
Cuba teliti istilah kolestrol, lemak, gula, garam, MSG, nilai kalori utk 100 g boleh makan.
TIP NO 40:
Cuba banyakkan pergerakan. Jangan terlalu bergantung kepada remote control TV. Cabut baterinya. Ianya membuatkan anda malas menggunakan kalori dalam badan anda.
TIP NO 41:
Jika anda menggunakan orang gaji di rumah. Anda sebenarnya memang akan bergantung kepadanya membuat itu ini. Sedikit sebanyak anda sekeluarga akan jadi malas. Bukan tak boleh, tapi cuba2lah bergerak buat minuman sendiri atau vacum ruang tamu sendiri.
TIP NO 42:
Kawal cara pemasakan isteri atau orang gaji anda. Tengok banyak mana garam, gula, perasa yang digunakan.
TIP NO. 43:
Obesiti akan menyebabkan seseorang itu mudah dihinggapi oleh Penyakit Darah Tinggi, Diabetes & Sakit Jantung. Jadi menu permakanan yang terbaik untuk anda yang obes adalah menu utk orang darah tinggi, diabetes & sakit jantung. Banyak sumber menu seperti ini di internet. Harap dapat melayarinya.
TIP NO 44:
Jika anda obes, adalah amat berbaloi untuk mendapatkan meter tekanan darah (Digital Blood Pressure Meter) berjenama Omron, Citizen dll. High Blood Pressure sebenarnya berlaku secara tidak disedari. Sewaktu saya obes dengan berat 113 kg dulu tekanan darah saya adalah 140/88 (Normal-High). Ini memang saya tidak sedari. Setelah 6 bulan berperang hebat dengan penuh disiplin, tawakkal & doa berat saya 93 kg. syukur alhamdullillah, segala puji bagi Allah s.w.t. tekanan darah saya sekarang 116/63. Denyutan jantung : 60 - 80 denyutan per min. Dan saya sudah dinasihati Dr. supaya menghentikan penggunaan ubat tekanan darah tinggi. Hanya guna jika tersilap makan dan ada tanda2 darah tengah naik. Faktor keturunan yang ada high blood pressure tidak boleh diabaikan. Teori mengatakan kita boleh menerbalikkan risiko HBP dengan diet yang sihat.
TIP NO 45:
Orang obes amat tidak digalakkan untuk berada di tempat awam yang terlalu ramai orang berkumpul & bersesak-sesak. Orang obes memerlukan O2 yang baik sebab jantung orang obes berkerja keras untuk menyalurkan darah ke seluruh badan. Kekurangan O2 untuk orang obes sebenarnya membahayakan.
Cuba elakkan diri daripada situasi sebegini.
TIP NO 46:
Gula adalah merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan manusia. Ia tidak diperlukan diet kerana tubuh menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila memerlukan tenaga. KURANGKAN GULA.
Sumber: Old Email
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan