Home » » Tip Pemakanan Meredakan Tekanan

Tip Pemakanan Meredakan Tekanan

Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.


Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom