Home » » Obesiti masalah pemakanan

Obesiti masalah pemakanan

Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah

KELEBIHAN berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah masalah pemakanan yang kian meningkat di sebilangan negara di dunia. Ia berkaitan perubahan cara hidup, kekurangan aktiviti fizikal di samping perubahan dalam tabiat pemakanan.

Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi.

Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina.

BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa.

Kira-kira satu pertiga daripada obesiti di kalangan dewasa bermula dari usia kanak-kanak.

Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti;


Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)

Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan)

Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'.


Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom

Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak.

Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin.

Bagi ‘prevalens obesity’ (obesiti lazim) ia dipengaruhi, variasi genetik, tradisi kawasan, persekitaran, faktor iklim dan tabiat budaya.

Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam risiko obesiti. Ciri paling menonjol di kalangan kanak-kanak bermasalah ini ialah ahli keluarga lain juga menghadapi masalah sama.

Selain kecenderungan genetik, faktor luaran (exogenous) semasa awal hayat juga memberi kesan ke atas risiko obesiti, satu fenomena yang dinamakan 'metabolic programming' atau 'metabolic imprinting'.

Antaranya;

Kajian menunjukkan penyakit kencing manis ketika hamil dan kekurangan makanan/kebuluran pada wanita mengandung pada tiga trimester yang berlainan juga memberi kesan ke atas risiko obesiti anak-anak pada masa dewasa.

Penyusuan susu ibu dan jangkamasa penyusuan yang panjang melindungi anak-anak daripada masalah obesiti. Prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu adalah 1.6 kali lebih tinggi berbanding dengan yang menyusu susu ibu.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi kejadian obesiti. Obesiti adalah hasil dari keseimbangan tenaga yang positif dalam jangka waktu lama iaitu pengambilan kalori melebihi penggunaan kalori untuk aktiviti fizikal, tumbesaran dan proses metabolisme badan yang lain.

Kesan Obesiti Pada Kesihatan

DI KALANGAN dewasa, obesiti dan kaitannya dengan tekanan darah tinggi, penyakit sakit jantung, ketinggian tahap kolesterol dalam darah, penyakit kencing manis dan jangka hayat yang pendek sudah diketahui umum.

Bagaimanapun kurang maklumat dan fakta mengenai kesan obesiti ke atas kesihatan kanak-kanak. Sungguhpun begitu, obesiti juga boleh menyebabkan;


Penyakit darah tinggi
Penyakit sendi
Masalah psikologi
Masalah kulit dan meningkatkan risiko penyakit sakit jantung
Penyakit kencing manis
Angin ahmar
Penyakit pundi hempedu
Penyakit paru-paru seperti asma dan barah-barah tertentu bila mereka dewasa kelak .

Tindakan perlu diambil ibu bapa


Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.

Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu.

Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan).

Pemakanan hendaklah yang berkhasiat, berkualiti dalam komposisi betul dan jumlah memadai.

Matlamat rawatan obesiti ialah untuk mencapai kestabilan berat badan dan kandungan lemak badan yang normal, kualiti hidup baik dari segi psikologi dan kesihatan fizikal tanpa kesan sampingan rawatan.

Usaha lebih perlu ditumpukan kepada pembentukan program rawatan untuk kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah kelebihan berat badan dan obesiti.



5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

makan la kambing banyak2 bru kurus..

wanna berkata...

salam..
saya mempunyai anak yg bermasalah obesity..anak sy umur 2 tahun stgh, berat sudah 17kg...baru2 ini sy terjumpa dalam sebuah majalah yg mengatakan ada supplement utk kanak2 yg obes...tuan/puan tahukah mengenai hal ini..sy terlupa apa namanya...kalau puan/tuan tahu,minta diberitahu ya...tq

intan berkata...

ingin mengurangkan berat badan cara sihat dan tak perlu berlapar?
Mungkin ini boleh membantu..
http://intan-fiber.blogspot.com

mama wana berkata...

satu perkongsian yang menarik dan info yang bagus.

Pn Wanna boleh ke page saya untuk mengetahui produk yang sesuai untuk kesihatan kanak2 :)

hopes dapat membantu

kedaivitaminfatimah berkata...

perkongsian info yang sangat menarik. :)

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom