Home » » Petua Awet Muda

Petua Awet Muda

Apa yang perlu adalah mengenali cara-cara penjagaan yang betul bagi memiliki wajah yang cantik dan awet muda. Berikut langkah-langkah yang perlu diberi perhatian.

- Lindungi kulit daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

- Elak merokok

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.



- Pencucian dalaman

Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

- Pelembapan dua kali ganda

Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

- Aktifkan peredaran darah

Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

- Penggunaan bedak asas

Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

- Kerap membelai wajah

Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

- Pengendalian lembut

Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

- Solekan yang sempurna

Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.



19 Komen:

Nor berkata...

Hi. Izinkan I kongsikan bersama suatu 'rahsia' yang akan membuatkan segala macam petua kecantikan jadi lebih seronok untuk diamalkan. Sila luangkan masa di sini:

Petua Kecantikan Abadi

Semoga dapat memeriahkan lagi dunia kecantikan kalian semua. Trimas!

Sepakbola Sportif berkata...

ulasan yang mnarik, kunjungi blig saya juga yaa :)

Tanpa Nama berkata...

selalu mengambil air whuduk setiap kali terbatal..ia juga salah satu petua untuk awek muda dan amal kan solat tahajud setiap malam.

Tanpa Nama berkata...

selalu lah senyum, di sebalik senyuman ada khasiat awet muda....kerna ia ada kaitan dengan urat di bahagian muka.kalau tak percaya cubalah.

Tanpa Nama berkata...

fikirkan anda berumur 2o an,pasti anda nampak muda dari ysia

Tanpa Nama berkata...

petua yg bez...thnkz...

nur berkata...

Sangat berguna untuk tambahan info ... banyakkan minum air suam juga membantu proses awet muda..

iklanproduk berkata...

NAK DPTKAN PETUA AWET MUDA YANG LAIN-LAIN DPTKANNYA DI SINI
http://lelakiseksi.blogspot.com/

suriberreh berkata...

suka sangat-sangat dengan petua-petua tu. Saya pun ada petua terbaru..kalau nak tahu .layarilah blog saya pasti anda terkejut..he.he.he..

anameera berkata...

hati yang bersih pasti wajah tampil berseri-seri. ada lagi RAHSIA awet muda..nak tahu layari blog saya ni..anda pasti terkejut..he..he..he..

HumbleCanvas berkata...

salam,
Trima kasih atas panduan ni. Can't wait to try! Anyway, salam perkenalan buat semua, dari Lin, Rookie Blogger!

Tanpa Nama berkata...

petua yg pling mudah ialah dgn mangambil stem cell(sel induk yg berfungsi menghasilkn sel2).tp harge agk mhal,sb teknologi terkini ialah teknologi stem cell yg ubt sgale penyakit.baik utk ksihatan dan kecantikan.ade produk terkini iaitu suplimen pertame dlm dunie(international) yg mengndungi stem cell.bukan 1jnis stem cell tp 2jnis stem cell dr tmbuh2an yg pastinye halal n dpt iktiraf dr kmentrian ksihatan,best quality product of switzerland,dan bnyk lg.pernah kluar kat buletin utama tv3(thn lepas) dan media cetak lain2.harge biase rm470,tp ahli rm398.sebarg petanyaan bleh msg fb sye http://www.facebook.com/profile.php?id=100000243315768
selamat mncube :)

Tanpa Nama berkata...

saya juga: kalau nak jadi awet muda kena lah bnaykn minum air da senyum baru nampak muka berseri2x..:) just senyum pasti anda nampak lebih muda

Tanpa Nama berkata...

salam..
petua utk jd awet muda bangun tido,sblm gosok gigi dan cuci muka,mnum air suam dan selawat nabi 3 kli..
slmt mncuba..insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Sampai bila nak muda, ia akan berakhir penuaan juga. masuk umoq 40an dah cukup dah nampak penuaan.

nazurah husna berkata...

setuju dengan penulis.hehe
kebanyakan org nk nmpk awet mude selalu lagi2 pompuan...

Luis Ximenes Caldeira berkata...

yaya...banyak senyum dan berkata yang sopan juga bisa membantu anda tetap awet muda

Green Bean berkata...

Petua yg sagat memuaskn sya

Green Bean berkata...

Petua yg sagat memuaskn sya

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom